[VIDEO] Griezmann Berterima Kasih Kepada Messi Kerana Lupakan Hatrik Deminya

Lionel Messi berpeluang untuk melakukan hatrik pada masa kecederaan. Namun dengan sportingnya kapten Barcelona itu memberikan penalti kepada rakan sepasukan Antoine Griezmann.

Barcelona menang besar 5-2 ke atas Getafe untuk meneruskan pemburuan kejuaraan La Liga musim ini. Messi menunjukkan satu lagi aksi masterclass beliau untuk mencipta rekod luar biasa.

Messi terlibat dalam banyak gerakan Barcelona. Dan sangat sukar untuk dikawal oleh pertahanan lawan.

Messi malah boleh menjaringkan lebih banyak gol. Tetapi beliau terlepas beberapa peluang terbaiknya. Tetapi tetap juga Messi menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini.

Griezmann bermain baik namun terlepas beberapa peluang keemasan. Mungkin Messi merasakan ianya penting untuk Griezmann bagi mendapatkan keyakinannya pada perlawanan akan datang. Dan ianya akan memberikan kebaikan kepada pasukan mereka.

Oleh kerana itu Messi tidak mahu penyerang Perancis itu terganggu kerana kegagalan beliau menjaringkan gol. Griezmann agak terkejut dengan tindakan Messi.

Griezmann tidak mempersia siakan peluang tersbut dan meraikannya dengan senyuman terima kasih kepada Messi.

Ternyata Griezmann menghargai semangat berpasukan dan kepimpinan terpuji Messi.

Ini bukan pertama kali Messi melupakan kemahsyuran peribadi berbanding dengan kepentingan pasukan. Beliau pernah melakukan perkara yang sama untuk Neymar sebelum ini.

Messi juga terus mencatatkan rekod prolifik dalam kariernya bersama dengan Barca. Dengan satu lagi musim 25 gol.

Barcelona kini hanya 5 mata dari Atletico dan 2 mata di belakang Real Madrid. Namun Barcelona masih ada 1 perlawanan di dalam tangan.

Namun begitu Barcelona masih berusaha untuk memastikan Lionel Messi terusk kekal bersama dengan mereka pada musim hadapan.

Kontrak semasa Messi akan berakhir pada akhir musim ini. Beliau akan pergi secara percuma selepas itu. Presiden baharu Barca, Joan Laporta yakin Messi akan terus kekal di Barcelona.

Baca yang lain