Erling Haaland melakukan sesi latihan rembatan yang luar biasa. Di mana pemain itu telah menyusun 3 bola secara bertindih dan melakukan sepakan ke arah top corner.
Haaland dilihat hanya bersahaja merembat bola satu persatu dan kesemuanya menepati sasaran. Lantas ramai yang kagum dengan kualiti penyerang antarabangsa Norway itu.
Sesi latihan itu mendapat perhatian dari seluruh dunia termasuk pundit terkemuka, Gary Lineker dan juga koresponden Fabrizio Romano.
Fabrizio Romano menganggap Haaland ibarat robot.
…this is @ErlingHaaland 🤨🤖 pic.twitter.com/UVKrF18MiD
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 14, 2021
Namun ramai berpendapat bahawa video tersebut adalah fake dan ianya disunting sebagaimana video Joga Bonito oleh Ronaldinho satu ketika dahulu.
Takkanlah Haaland boleh dengan mudah mengimbangi 3 bola bertindih. Dan seterusnya, bagaimana Haaland boleh merembat bola itu tanpa membuatkan bola di bawah terjatuh.
Saksikan latihan Haaland itu di sini:
Ramai juga yang kagum dengan kualiti suntingan video tersebut yang dikatakan sangat kemas dan padu.
Erling Haaland makes it look easy 😳
(via @Bundesliga_EN) pic.twitter.com/RqNy9kvNuQ
— B/R Football (@brfootball) October 14, 2021
Fake atau tidak, namun tiada siapa boleh menafikan ketulenan bakat Haaland di pentas bola sepak. Beliau dianggap calon bintang masa depan bersama dengan Mbappe, yang akan menjadi pengganti kepada Ronaldo dan Messi.
Haaland kini bermain untuk Borussia Dortmund. Dan setiap kali jendela perpindahan, namanya akan dikaitkan dengan kelab kelab ternama dan kelab besar di seluruh dunia.