VIDEO: Haaland Skor 2 Biji Lagi, Gol Kedua Mirip Gol Mo Salah Dari Tight Angle

Erling Braut Haaland memulakan kehidupannya di tempat baru dengan sangat sensasi. Beliau terus mengganas di Bundesliga.

Beliau meledak hatrik pada perlawanan pertama dan kemudian dalam aksi berhadapan FC Koln semalam, beliau mencetak double pulak.

Kedua dua aksi itu beliau masuk sebagai pemain gantian kerana masih dalam proses penyesuaian. Tetapi rekod gol beliau setakat ini rasanya next game dia terus main first eleven.

Ini menjadikan pemain ini – Erling Braut Haaland – sudah menjaringkan 5 gol dalam 2 perlawanan.

Ia juga menjadikan Erling Braut Haaland sebagai pemain Bundesliga pertama yang meledak 5 gol dalam dua perlawanan.

Haaland hanya menagmbil masa 57 minit untuk menjaringka 5 gol itu setakat ini. Sensational!

Pemain remaja sensasi dari Norway itu dimasukkan pada minit ke-65 oleh Lucien Favre menggantikan Thorgan Hazard.

Hanya 12 minit di atas padang, pemain remaja ini, Erling Braut Haaland sudah meledak gol. Dengan gol pertama beliau di hadapan Yello Wall hadir pada pada minit ke-77. Gol keempat Dortmund pada malam tadi, dan ianya dilakukan hasil daripada naluri yang kuat di dalam kotak penalti.

Gol ke-77 agak menarik. Sebelum ini beliau melihat lawannya, Mohamed Salah melakukan gol sebegitu dari garisan hujung padang. Dan kali ini beliau sendiri menjaringkan gol dari byline – dari sudut yang sangat sukar / tight angle.

https://twitter.com/DoguAkdenizztr/status/1220824315635142656?s=19

https://twitter.com/i/status/1220844027882414081

Haaland, yang masih berusia 19 tahun, sudah menjaringkan 28 gol dalam 22 perlawanan pada separuh pertama musim ini untuk Red Bull Salzburg. Ini termasuk lapan daripada enam aksi dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Beliau berpindah dengan nilai sekitar £17 juta – klausa pelepasan yang dibayar Dortmund kepada RB Salzburg.

Setakat ini beliau sudah menjaringkan 33 gol untuk kedua-dua kelab beliau. Haaland telah mencapai purata satu gol dalam setiap 46 minit – dan satu gol setiap 12 minit untuk Dortmund.

Walaupun baru sahaja masuk di Bundesliga, namun hanya 23 pemain di Bundesliga setakat ini yang menjaringkan lebih banyak gol berbanding Haaland.

“Ia sangat bagus – lima gol, dua perlawanan, tiada yang lebih bagus daripadanya,” kata ketua pasukan Borussia Dortmund, Marco Reus.

Penguru pasukan Koln pula menyatakan: “Untuk menghentikan Haaland, kamu perlukan 3 biji bas diparkir di hadapan gol itu.”

Dalam aksi Bundesliga semalam, Borussia Dortmund menang 5-1 ke atas FC Koln. Dortmund di hadapan seawal minit pertama menerusi Raphael Guerreiro. Marco Reus menjadikan kedudukan dua kosong pada minit ke-28.

Hanya tiga minit bersambung babak kedua, Jason Sancho meletakkan Borussia Dortmund 4 gol di depan.

Mark Uth kemudiannya menjaringkan gol saguhati untuk pasukan Koln.

2 lagi gol Borussia Dortmund adalah menerusi Erling Braut Haaland. Menutup malam indah di hadapan Yellow Wall dalam penampilan pertama pemain itu di hadapan mereka.

Baca yang lain