VIDEO: Halaand & Kumpulannya Keluarkan Lagu Rap Dengan Aksi Raver, Nyanyi Depan Pemanggang 4 Tahun Lalu

Sebelum dia menjadi salah satu prospek paling menarik dalam bola sepak dunia, penyerang Borussia Dortmund, Erling Haaland pernah mengeluarkan lagu dan memuat naik di dalam YouTube dengan nama kumpulan’FlowKingz’.

Penyerang Norway itu dapat dilihat beraksi rap dengan dua lagi rakannya dalam single “Kygo jo” melalui saluran YouTube rasminya. Video muzik tersebut dalam bahasa Norway, malah turut diselit pelbagai aksi termasuk akrobatik dan sedikit aksi raver.

Kini video itu menjadi perhatian dunia, kerana populariti dimiliki Erling Braut Haaland.

Video tersebut dimuat naik oleh Haaland dan kumpulannya pada 2016. Ini bermakna sudah 4 tahun video itu berada di dalam Youtube.

Haaland sempat beraksi rap di hadapan pemanggang. Dan ada yang menterjemahkan lirik Haaland tersebut. Di mana Haaland sebenarnya menyatakan dia tak kisah tentang benda lain dan menyuruh dua kawannya itu tutup mulut, lebih baik sembang pasal krisis dunia.

«Boys can you stop talking so much? Then it is not any funny! Talk instead about the world crisis! I think that is way more important! Boys i am «Lyng» and everyone knows it! I’m the one that you can watch on TV! I even look good when i’m eating! I think that is way more important!»

Kini hampir empat juta tontonan berjaya diraih, bermakna Haaland ternyata memiliki masa depan cerah dalam dunia rap. Mana taknya, dengan gaya santai bersahaja, beliau masih mampu menarik perhatian.

Ada yang menyatakan Haaland memang power sehinggakan Eminem pun tak berani nak diss dia.

Haaland ternyata manusia yang sangat berbakat dan serba boleh. Di atas padang beliau boleh bermain kesemua posisi di serangan. Di luar padang pun serba boleh seperti bang Joni dan Haaland ni.

Saksikan video dengan rap Norway itu di sini:

Erling Haaland kini telah menjadi mega star di dalam bola sepak. Pada usianya yang muda beliau kini bermain dengan salah sebuah kelab besar di Eropah iaitu Borussia Dortmund.

Erling Braut Haaland terus meledak di hadapan gol. Pemain remaja Norway itu seolah olah tidak mampu dihentikan oleh mana mana pertahanan. Beliau jelas berada dalam kondisi terbaik walaupun sudah lama berehat.

Erling Haaland mencetak gol pertama untuk Borussia Dortmund dalam aksi Rivierderby menentang Schalke 04 yang berlangsung di Signal Iduna Park selepas aksi disambung.

Itu juga gol pertama liga selepas Bundesliga disambung semula. Haaland meneruskan rekod cemerlang beliau dengan gol Bundesliga kesepuluh beliau musim ini daripada 9 perlawanan.

Dan setakat ini sudah menjaringkan 41 gol daripada 34 perlawanan.

Nama Haaland turut dikaitkan dengan Real Madrid yang mahukan pemain itu menyertai mereka selepas kegagala Luka Jovic.

Baca yang lain