Luke Shaw ada musim yang indah pada tahun ini. Beliau menamatkan kempen liga domestik sebagai salah seorang pemain yang menyerlah.
Seterusnya, beliau kembali semula ke dalam pasukan England setelah sekian lama disisihkan.
Shaw dipanggil ke dalam kem Euro 2020 England. Dan beliau bermain cemerlang membantu England mara sehingga ke final. Shaw turut melakukan 2 assist dalam satu perlawanan ketika berdepan Ukraine.
Dan pada malam final, bek sayap England itu menjaringkan gol pembukaan ala seorang no.9 dengan separa voli sedap selepas menerima hantaran Trippier.
Gol itu berjaya disempurnakan Shaw pada awal perlawanan, minit ke-2 perlawanan dengan separa voli kemas.
Teknik yang sempurna menunggu bola menjejak tanah dan Shaw menghubungkan kakinya dengan titik bola sebaik mungkin – ibarat gol di sesi latihan.
Gol itu menjadikan ianya sebagai gol terpantas dalam final Euro – di dalam sejarah. Dan ianya juga gol sulung Luke Shaw di peringkat antarabangsa.
1:57 – Luke Shaw's opener was the quickest ever goal scored in the final of the European Championships, as well as his first ever for the England national team. Dream. #ENG #EURO2020 pic.twitter.com/l80WW6f4ZL
— OptaJoe (@OptaJoe) July 11, 2021