[VIDEO] Hantaran Baddrol Ditambah Off Ball Dan First Touch Padu Teruk Shahrul Saad

Shahrul Saad mungkin baru sahaja melakukan gol tercantik kariernya untuk pasukan kebangsaan.

Ianya adalah gol ala no.9 dilakukan oleh pemain bek tengah yang dikenali dengan gaya permainannya yang lasak.

Malaysia menang bergaya 4-0 ke atas Laos dalam aksi kedua Piala AFF 2020. Sekaligus mencipta permulaan sempurna selepas 2 perlawanan.

Dua gol Safawi Rasid membolehkan Malaysia masuk ke bilik persalinan dengan dua gol di hadapan.

Penyerang tersebut berjaya mendapatkan semula sentuhannya yang hilang.

Pada separuh masa kedua, Malaysia terus mana mana rancak menyerang Laos. Shahrel Fikri memiliki banyak sekali peluang.

Geram melihat Shahrel dan beberapa rakannya yang tidak dapat menembusi penjaga gol Laos, Shahrul Saad tanpa berfikir panjang telah berlari.

Shahrul melakukan larian enforcer yang menyelit di antara pertahanan.

Baddrol Bakhtiar yang beberapa kali melakukan banyak hantaran laser akhirnya berjaya mencipta peluang dan ianya disempurnakan.

Shahrul Saad berlari dan Baddrol pass ke space. Dua elemen bertemu di titik yang tepat. Shahrul melakukan sentuhan pertama yang berkualiti dan mencipta situasi 1 lawan 1.

Jika sentuhan pertama beliau kelaut, ianya akan membolehkan penjaga gol melakukan sweeping.

Shahrul sekali lagi menunjukkan kualiti seorang penyerang pada dirinya, dengan rembatan tenang dan gol.

Gol tersebut mendapat pujian daripada ramai pihak kerana kesemuanya serba cun. Daripada larian sehinggalah ke kawalan dan kemudian penyudah.

Shahrul Saad memang dikenali dengan sikapnya yang suka naik ke atas membantu penyerang. Dan beliau dapat mengekspresikan diri beliau pada hari ini.

Wartawan Arena bertanya: “Mana lagi baik, lorongan bola Baddrol ataupun larian Shahrul Saad untuk gol ketiga Malaysia lawan Laos.”

Baddrok Bakhtiar membuktikan bahawa beliau sememangnya relevan untuk beraksi dalam pasukan yang banyak melakukan off ball movement.

Ini kerana Badd sudah tak macam dulu, tak akan mampu berlai  ke setiap penjuru padang untuk bermain kombinasi.

Namun beliau memiliki aset hantaran killer dengan early pass. Apabila pasukan yang rajin berlari dengan adanya pemain seperti Arif Aiman, Safawi Rasid, Luqman Hakim dan juga Syafiq Ahmad, memang seronok Badd melihat mereka bermain bola dan sentiasa berkejaran.

Selepas gol tersebut Malaysia mendapat 1 lagi gol menerusi Safawi Rasid yang melengkapkan hatrik beliau.

Dengan gol itu Safawi kini sudah menjaringkan 4 gol daripada 2 perlawanan. Lebih penting Safawi turut menjadi pemain yang berada dalam persaingan kasut emas untuk edisi kali ini.

Selepas dua perlawanan Malaysia mengutip enam mata. Dan aksi seterusnya, Malaysia akan menentang Vietnam. Ini adalah kemenangan paling penting untuk Malaysia menjelang aksi tersebut.

Laos ternyata pasukan yang di bawah Malaysia dalam semua aspek hari ini. Pastinya mereka belajar sesuatu daripada perlawanan ini.

Cuma Malaysia harus memperbaiki lagi penyudah dalam situasi peluang terbuka. Banyak sangat dipersia siakan hari ini. Mujur kita menang 4-0.

Kerana dalam pertandingan seperti ini perbezaan jaringan memang akan menjadi mustahak. Dan boleh menjadi kayu penentu kepada kelayakan ke kalah mati kalau terikat mata.

Kredit juga kepada pemain pertahanan dan penjaga gol yang berjaya melakukan lembaran bersih hari ini.

Jadi, kita move on dan fokus seharusnya kepada pasukan Vietnam yang baru sahaja mendapat makanan kegemaran mereka. Dan semangat baru mereka pastinya membuak buak.

Kita semua tahu Park Hang Seo tactician yang sangat bagus dan sudah masak dengan aksi bola sepak Asia Tenggara terutama sekali dengan lawan seperti Malaysia.