[VIDEO] Hanya Keeper Yang Beriya, Pemain Lain Disyaki Atur Perlawanan Lepaskan 2 Gol Pelik

Ketika ini sedang kecoh di Colombia bercerita tentang aksi perlawanan yang menemukan antara Union Magdalena bertemu LIaneros.

Malah perlawanan tersebut kini berada dalam siasatan Persatuan Bola Sepak Colombia, kerana ada unsur mengatur perlawanan.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang sangat mencurigakan dan ada insiden yang langsung tak masuk dek akal telah berlaku dalam perlawanan ini.

Dua gol dilepaskan pada minit terakhir perlawanan, dengan kedua-dua gol itu boleh dikatakan dibolosi dengan cara yang sukar untuk diterima.

Union beraksi di halaman lawan bertemu LIaneros dengan mereka berjaya mendahului perlawanan 1-0 selepas Diego Echeverri meledak gol pada minit ke-81 permainan.

Walau bagaimanapun, Union Magdalena berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-95 perlawanan dan selang beberapa detik selepas itu mereka berjaya menjaringkan gol kemenangan.

Ramai pemain dilihat hanya memantau situasi untuk melihat persembahan gol.

Kemenangan ini berjaya membantu Union Magdalena untuk mendapat promotion dek kerana Fortaleza tewas 2-1 Bogata dalam aksi terakhir peringkat kumpulan B.

Ethan Gonzalez berjaya menyamakan kedudukan untuk Union mengikat LIaneros sebelum Johnathan Segura meledak gol kemenangan beberapa detik selepas itu.

Apa yang mengejutkan sekali, kedua-dua gol yang berjaya dijaringkan oleh Union itu seolah-olah dihadiahkan dari para pemain LIaneros.

Para pemain LIaneros sekadar memerhatikan sahaja para pemain Union melancarkan serangan, dengan mereka langsung tidak mencabar atau berusaha untuk menghalang pasukan lawan menjaringkan gol.

Hanya penjaga gol sahaja yang dilihat menunjukkan semangat serta usaha untuk mencuba menyelamatkan gawang gol beliau dari dibolosi.

Nampak? Hanya penjaga gol sahaja yang bekerja keras untuk menjaga gawang golnya, sementara 10 pemain lain hanya menjadi tiang training memerhatikan gawang gol mereka cuba dibolosi.

Mungkin penjaga gol tak ikut meeting atau tak baca group whatsapp agaknya. Ataupun payment dia tak masuk lagi sebab cek floating?

Ia merupakan aksi yang sangat kontroversi dan telah mencetuskan kekecohan dalam dunia bola sepak Colombia.

Kedua-dua gol yang berjaya dijaringkan oleh Union Magdalena telah dipertikaikan oleh pelbagai pihak dengan mereka menganggap ia jelas ada unsur mengatur perlawanan.

Pertubuhan pemain bola sepak profesional Colombia, ACOLFUTPRO tampil mempertikaikan hal tersebut dan meminta pihak berwajib untuk menyiasat insiden tersebut.

“Memandangkan ada keraguan dan pertikaian terhadap keputusan perlawanan yang menemukan @ClubLlanerosFC dan @UnionMagdalena, kami meminta agar pegawai disiplin menjalankan siasatan segera terhadap insiden ini.”

Para pemain LIaneros telah dimaki hamun oleh para penyokong dengan ramai antara mereka yang menjerit:

“Berapa banyak duit yang mereka bagi kamu anak haram semua?”

“Memalukan, lebih baik kamu jangan main bola lah sundal.”

“Orang beli tiket bukan nak tengok korang jual perlawanan, mana maruah korang?”

“Sampah, sampah, sampah korang semua sampah.”

Pihak kelab sendiri telah mengeluarkan kenyataan yang mereka akan menjalankan siasatan dalaman dan tidak ada masalah untuk mereka mengambil tindakan seandainya ada pemain yang terlibat.

Bintang Juventus, Juan Cuadrado yang juga merupakan antara pemain bola sepak terkenal Colombia menganggap dua gol yang dijaringkan oleh pasukan Union itu sebagai hal yang memalukan.

Rakan sepasukan Cuadrado, Mateus Uribe turut memberi pandangan tentang perlawanan ini, dengan beliau menganggap aksi yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan ini sebagai sampah dalam bola sepak Colombia.

Tidak akan mengejutkan andai penyertaan Union akan dibatalkan dan mereka tidak akan dipromote pada musim hadapan kerana melakukan hal tidak bermoral ini.

Terlalu jelas dan ketara yang perlawanan ini memang ada masalah kerana tidak masuk akal untuk sesebuah pasukan itu melepaskan dua gol yang terlalu mudah seperti itu.