Bruno Fernandes terus menunjukkan masterclass dalam aksi berdepan Istanbul Basaksehir. Bukan sahaja sebagai pemain, tetapi sebagai seorang pemimpin.
Seringkali dikatakan gila penalti, Fernandes membuktikan dia sebenarnya hanya menjalankan tugasannya.
Fernandes membuka dua gol pertama dalam perlawanan ini pada minit ke-7 dan minit ke-19.
Gol pertama adalah satu half volley yang menghasilkan screamer sangat padu. Tiada penjaga gol di dunia kita ini dapat menghalang gol tersebut.
Great penalty from Bruno Fernandes π€ͺ pic.twitter.com/OW9bqNrIZ4
β The Boi π³π¬π¨π¦ (@ChuBoi) November 24, 2020
Teknik yang sempurna dengan decision making yang tetap dan bukannya banyak benda nak fikir. Itu yang membawa kepada gol roket tersebut.
Bruno Fernandes Goal π
β The True Red Devils (@TrueRedDevils__) November 24, 2020
Gol kedua pula ibarat free gift daripada penjaga gol Basaksehir yang melakukan kesilapan penjaga gol, dan Fernandes hanya perlu menolak bola itu ke dalam.
Setakat ini sumbangan langsung Fernandes dalam gol dan assist United adalah sangat padu teruk.
Dalam 35 penampilan pertamanya, Fernandes telah terlibat dalam 34 gol United dengan 21 gol dan 13 assist. Sebagai seorang pemain tengah ia dikira luar biasa.
Tiada keraguan lagi Fernandes adalah pembelian terbaik United sejak pasca Ferguson.
π΅πΉ Bruno Fernandes has been directly involved in 34 goals in 35 appearances for Manchester United (21 goals, 13 assists) π€―#UCL pic.twitter.com/QA9wbEB4VO
β UEFA Champions League (@ChampionsLeague) November 24, 2020
Dan pada minit ke-35, Bruno Fernandes berpeluang untuk menjaringkan hatriknya apabila United diberikan sepakan penalti.
Fernandes sanggup melakukan βdosaβ seorang pemain demi rakannya. Dalam bola sepak, biasanya pelaksana penalti yang utama tidak boleh memberikan penalti kepada pemain lain pada kedudukan hanya 2-0.
Namun Fernandes percaya, dia melakukan perkara betul dan tahu Marcus Rashford lebih memerlukan penalti itu untu menaikkan semula keyakinannya.
Rashford menyempurnakan penalti itu untuk gol ketiga United. Tindakan Fernandes mendapat pujian daripada ramai peminat.
Bruno Fernandes could've scored a hat-trick, but handed the ball to Marcus Rashford instead β€ pic.twitter.com/USxj4I8eyz
β B/R Football (@brfootball) November 24, 2020
Sebelum ini dia berpeluang mencetak hatrik, dalam aksi berdepan Everton namun memilih untuk melakukan square pass kepada Cavani.
Kerana menurut Fernandes, seorang penyerang lebih memerlukan gol daripada pemain lain β ini penting untuk pasukan mereka di masa akan datang. Kerana Cavani memerlukan gol pertama untuk menaikkan keyakinannya.
Bruno Fernandes vs. Everton: On a hat trick, squares the ball to Cavani to get his first Man United goal β€οΈ
Bruno Fernandes vs. Istanbul: On a hat trick, gives up the penalty to let Rashford get on the scoresheet β€οΈ pic.twitter.com/RrI9K39qT5
β ESPN FC (@ESPNFC) November 24, 2020
United menambah satu lagi gol selepas gol saguhati oleh pemain Basaksehir. Di mana Daniel James melengkapkan kemenangan balas dendam United ke atas Basaksehir.
Kemenangan 4-1 United mencerahkan peluang mereka untuk mara ke pusingan kalah mati.
Fernandes kemudian tampil menjelaskan sebenarnya dia sudah berjanji akan memberikan penalti seterusnya kepada Rashford walau apa yang berlaku.
βSelepas perlawanan lepas, saya bagitau Rashy, dia boleh ambik penalti seterusnya. Dan saya ingat janji saya.β
βTak kisahlah siapa yang ambil penalti, sebab pasukan kita akan mendapat gol itu.β
"After the last game I told Rashy he could take the next one, and I remembered."
"It doesn't matter who takes the penalties. The team scores."
Bruno Fernandes explained to @TheDesKelly his decision to let Marcus Rashford take Man Utd's penalty π pic.twitter.com/g9wWBl9N6I
β Football on BT Sport (@btsportfootball) November 24, 2020
Solskjaer menyatakan dia tiada masalah dengan perkara itu. Lantak merekalah, katanya.
"If Bruno wants to give it to Marcus, so be it. Why not?"
"We need one more point, but we want to top the group!"
Ole Gunnar Solskjaer was happy with his side's performance as Man Utd took another step towards the Champions League knockout stage.
π @TheDesKelly pic.twitter.com/5OSF9KneaS
β Football on BT Sport (@btsportfootball) November 24, 2020
Kerisauan Paul Scholes
Paul Scholes sebelum ini menyatakan beliau agak risau dengan trend di United di mana menurutnya pasukan ini ada simptom kebergantungan terlampau kepada Fernandes.
Scholes mendesak pemain lain untuk menaikkan kualiti mereka dan meminta United menambahkan seorang lagi pemain kreatif di tengah untuk membantu United.
Hal ini kerana Scholes tidak mahu United terlalu bergantung kepada seorang pemain dalam padang.
Β