Ronaldinho adalah nama yang sangat terkenal dalam arena bola sepak. Selain daripada skil luar biasanya, dia juga pemain yang sentiasa tersenyum ketika bermain bola sepak.
Dalam satu cabaran menimang bola dengan mata tertutup, Ronaldinho membuktikan bahawa dia memiliki naluri yang sangat kuat dengan bola.
Cabaran tersebut disertai beberapa nama besar dalam bola sepak termasuk Chiellini, Robert Lewandowski, Bastian Schweinsteiger, Xavi dan juga Karim Benzema.
Keupayaan Ronaldinho membuatkan pemain pemain lain termasuk Xavi – yang terkenal dengan keupayaan mengawal bola – kelihatan seperti amatur untuk cabaran tersebut.
Mata pemain ditutup dan mereka dikehendaki menimang bola seberapa banyak yang mereka boleh.
Chiellini langsung tidak dapat melakukan cabaran tersebut. Ivanschitz, Bastian Schweinsteiger, Theo Walcott dan Madanda mencatatkan skor 2 timangan.
Karim Benzema kemudian menjadi pendahulu dengan mencatatkan 5 timangan.
Tetapi rekod Benzema itu pantas dipadamkan oleh Robert Lewandowski dengan 7 timangan dengan mata tertutup.
Walcott membuat percubaan kedua dan berakhir dengan 6 timangan.
Xavi yang dikenali dengan keupayaan kawalan bola luar biasa di atas padang, tampil dan mencatatkan 8 timangan.
Ronaldinho kemudian memasuki arena. Dia bermula dengan cubaan untuk melakukan freestyle meletakkan bola di belakangnya. Ternyata dia gagal. Kerana ianya bukan mudah.
Jadi, ramai memikirkan bahawa Ronaldinho sendiri akan berdepan masalah sama seperti pemain lain.
Malah dalam keadaan mata terbuka, Ousmane Dembele dan Vinicius Jr tetap gagal melakukan timangan lebih 15 kali ketika sesi pengenalan mereka bersama kelab masing masing.
Ronaldinho kemudian mulai bermesra dengan bola den melakukan timangan yang luar biasa. Dia menjadi yang pertama melepasi angka 10 atau 2 digit.
Tidak terhenti di situ, dia terus menimang bola dengan semulajadi. Menariknya, ketika bola lari daripada kawalannya, dia tetap berjaya melakukan sentuhan akhir di belakangnya.
Saksikan video lama yang unik itu di sini:
Itulah dia Ronaldinho. Pemain legenda Brazil dan juga Barcelona.
Pada kemuncak kegemilangannya, dia adalah pemain yang tidak mampu dibendung oleh pertahanan,
Selain daripada laju dan lincah, dia juga pemain yang memiliki kreativiti dan ketajaman pembunuh di hadapan gol serta situasi bola mati.