Video: Hayati Gol Backheel Nutmeg Salah Yang Hampir Diharamkan VAR Dari Tanah Anfield

‘Pelik dan tak masuk akal’, itulah kata kata Fairus Sahar dengan nada marah.

Beliau tidak percaya bagaimana gol kedua Mohamed Salah itu perlu diperiksa dengan VAR.

Sedangkan terang – terang Kabasele ada di belakang Mo Salah.

Sebelum itu gol Sadio Mane dibatalkan kerana terlebih tonggekan, sikit je.

Ada yang berkata: “Apa yang VAR ni check di sini, terang terang ada jantan lain di belakang Salah tu.”

Apebenda VAR ni? Ada yang tidak berpuas hati.

https://twitter.com/i/status/1205855327012438016

“Kenapa mereka check VAR sedangkan ada jantan kabret lain yang di belakang Salah. Tu no.15 tu siap berkelah tu.”

“Ternyata sekali LiVARpool ni cuma teori kosong phuiii. Percuma sahaja aku percaya,” jelas Lazar Fauzanovic yang baru menceritakan kepada Rizal Buah Samudera bahawa Liverpool dah bayar VAR.

Menghargai gol Mo Salah

Namun gol itu diberikan jua dan tak haram. Ianya sah di sisi undang undang. Inilah detik kita nak nikmati ia semula.

Gol itu berpunca daripada satu rembatan Origi yang lari timing sikit dan menuju ke Mo Salah di sebelah kanan penjaga gol.

Salah dengan bijak dan liciknya melakukan aksi futsal dengan flick ringkas seperti ini.

 

https://twitter.com/i/status/1205855040507916290

Ianya adalah backheel nutmeg daripada Mo Salah yang sangat kejam kepada Kabasele. Tidakkah Salah berasa bersalah?

Gol ini mungkin nampak biasa, namun ianya adalah hasil daripada teknik yang baik dan reaksi yang segera oleh Mo Salah. Beliau decisive dalam kedudukan itu.

https://twitter.com/i/status/1205855938193842181

Salah sangat cemerlang dalam aksi menentang Watford walaupun ada cubaan kempen menukar Salah dengan Mbappe di media sosial sebelum ini.

Salah kini sudah menjaringkan 63 gol EPL untuk Liverpool dan terlibat secara terus dalam 88 gol Liverpool di EPL.

Salah menjaringkan 3 gol terakhir untuk Liverpool dengan kaki kanan. Ini yang paling padu ketika UCL lawan RB Salzburg.

Ini pula gol pertama masa lawan Watford:

https://twitter.com/i/status/1205839809664692224

Salah mengakui beliau kini sudah berlatih lebih banyak untuk menggunakan kaki kanannya. Dan memuji bola yang cantik daripada Sadio Mane untuk gol pertama.

Liverpool menambahkan lagi hari tanpa kalah dalam kalendar mereka untuk sah menjadi juara Natal.

Korang kena ingat hanya 3 pasukan terakhir yang gagal juara liga selepas juara natal adalah: Li-ver-pool.

Jadi, harap terus kekal fokus dan buat apa yang patut Januari ni.

Keceriaan berganda  untuk Klopp dan Milner yang meraikan kontrak baharu mereka. Klopp akan terus kekal di Anfield sekurang-kurangnya sehingga 2024.

Ini selepas kecemerlangan beliau mengembalikan Liverpool daripada pasukan diketawakan kepada pasukan yang susah orang nak ketawakan.

Liverpool kini masih ada beberapa perlawanan penting pada Disember. Up The Reds.

Nah bonus video untuk korang hayati. Ye la, korang kan suka video. Ingat aku tak tau.

 

Baca yang lain