[VIDEO] Higuain Nak Bertumbuk Dengan Pemain Lawan Memperlekehkan Penaltinya Yang Ke Langit

Debut MLS Gonzalo Higuain nampaknya tidak seindah yang diharapkan. Beliau bermain untuk 90 minit dalam aksi debutnya di negara Uncle Sam itu.

Higuain menyertai Inter Miami pada perpindahan kali ini selepas dilepaskan oleh Juventus.

Selain daripada tidak berdaya menembusi pertahanan lawan di Subaru Park, bekas penyerang Juventus itu turut gagal menyempurnakan penalti.

Namun secara individu, aksinya agak mengujakan pada awal permainan. Higuain menunjukkan kenapa beliau pernah bermain untuk kelab seperti Real Madrid, Napoli, Juventus dan Chelsea – malah untuk pasikan kebangsaan Argentina.

Higuain mengancam pertahanan lawan dengan aksi lipat / overhead kick yang cantik pada minit ke-20, namun sayangnyua terkena tiang pula.

Namun momen yang paling hangat dibincangkan pada malam itu pastinya kegagalan beliau dalam menyempurnakan penalti pada minit ke-77.

Dengan Miami ketinggalan 2-0, Higuain mara dengan yakin untuk mengambil sepakan penalti pasukannya.

Malang sekali beliau melepaskan percubaan yang liar dan melewati palang.

Pemain pertahanan Philadelphia Jakob Glesnes kemudian muncul untuk meraikan kegagalan itu betul betul di hadapan Higuain, melancarkan konfrontasi tegang antara dia dan beberapa pemain Union.

Higuain yang kecewa dan marah diperlakukan sebegitu telah membalas konfrontasi itu.

Dan pada masa kecederaan Inter Miami bolos buat kali ketiga.

Higuain melakukan 5 percubaan dalam aksi tersebut. Salah satu daripadanya diselamatkan penjaga gol dari jarak dekat.

Satu lagi dihadang oleh pertahanan. Dua peluang terbaik beliau dinafikan tiang gol dan kemudian penalti yang kelangit.

Jurulatih Inter Miami tidak risau dengan prestasi Higuain, malah memuji kualiti Pipita.

“Saya rasa dia menunjukkan dia berada dalam kondisi baik,” kata ketua jurulatih Miami, Diego Alonso mengenai Higuain dalam sidang media selepas perlawanan.

“Secara logiknya, dia akan memerlukan lebih banyak permainan dan dengan permainan itu barulah dia akan lebih serasi dan selesa, dia akan merasa lebih baik.”

“Dia sangat bersemangat untuk bermain hari ini. Jelasnya penalti adalah situasi yang boleh berlaku kepada mana-mana pemain – mungkin dia, ia mungkin pemain lain.”

“Kami gembira dengan kerjanya hari ini di atas padang dan kerja pasukan kami.”

“Kami harus terus berusaha untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik dan mengurangkan kesalahan.”

Diego Alonso turut kagum dengan kemampuan penyerang Argentina itu menghubungkan serangan Inter Miami, memberikan umpanan yang sangat baik untuk memastikan serangan terus mengalir.

Link up Higuain dengan rakannya dari Juventus lagi iaitu Blaise Matuidi juga sangat berkualiti.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di