Video Hina Orang Jepun, Konami Tamatkan Kontrak Griezmann, Rakuten Minta Penjelasan Barcelona

Kes perlecehan perkauman yang melibatkan Antoine Griezmann dan Dembele nampaknya telah menjadi semakin panas. Terkini, Konami menamatkan kontrak dengan pemain sayap Barcelona itu.

Ini setelah video Griezmann dan Dembele menjadi viral minggu ini. Dalam video pendek itu, Griezmann dan Ousmane Dembele dilihat mengejek juruteknik Jepun yang berusaha memperbaiki televisyen mereka supaya mereka dapat memainkan PES.

Kejadian ini berlaku semasa lawatan Barcelona ke Jepun pada tahun 2019. Sebenarnya, dalam video tersebut, Dembele je yang banyak bercakap dengan mengganggu kakitangan, malah Dembele mengejek bahasa Jepun menganggap ianya bahasa mundur.

Griezmann pula hanya tersenyum dan ketawa sembunyi sembunyi. Namun Konami tidak berpuas hati kerana Griezmann tidak menghentikan Dembele yang berterusan mengarut dengan kenyataan yang memperlekehkan kaum lain termasuk mengutuk paras rupa orang lain.

Selepas itu muncul video kedua muncul, Griezmann mengatakan “ching chong” dengan jelas, seolah-olah dia ingin menghina bahasa Jepun.

Hasil daripada kontroversi tersebut, Konami mengeluarkan pernyataan rasmi untuk menamatkan kontrak Griezmann sebagai Yu-Gi-Oh! ataupun duta produk. Kemudian, Konami meminta Barcelona, ​​yang merupakan kelab rakan rasmi PES mereka, untuk menangani masalah tersebut.

“Konami Digital Entertainment percaya, menurut falsafah sukan, bahawa diskriminasi dalam bentuk apa pun tidak boleh diterima,” kata Konami dalam satu kenyataan rasmi.

“Sebelum ini kami mengumumkan Antoine Griezmann sebagai duta kandungan Yu-Gi-Oh !, tetapi kerana kes-kes baru-baru ini kami memilih untuk membatalkan kontrak.”

Kes ini jelas menjadikan Barcelona dalam keadaan serba salah. Pada ketika ini penaja utama Barca adalah Rakuten, sebuah syarikat e-dagang dari Jepun. Barca kemungkinan besar akan kehilangan tajaan penting kerana masalah ini.

Rakuten masih dalam proses rundingan dengan Barcelona untuk kontrak baharu selepas perjanjian sebelum ini berakhir. Barcelona masih berharap Rakuten memberikan kontrak lebih besar untuk membantu mereka – ketika kelab sedang dibebani hutang sangat besar.

Lebih rumit, Konami dan Rakuten telah menuntut penjelasan rasmi dari Barca mengenai video Griezmann dan Dembele itu.

Barca telah mengeluarkan kenyataan rasmi, yang mengesahkan bahawa kedua-dua pemain telah meminta maaf. Blaugrana juga akan mengambil tindakan secara internal yang sesuai dalam kes ini.

Rakuten menyatakan mereka menunggu tindakans selanjutnya dari Barcelona.

Sudah minta maaf namun Dembele buat kenyataan gila sekali lagi

Ousmane Dembele dan Antoine Griezmann telah meminta maaf kepada semua pihak kerana tularnya video lama yang menunjukkan mereka sedang menghina pekerja hotel yang berasal dari Asia.

Video lama itu tular di media sosial baru-baru ini dan menyebabkan para peminat bengang serta mengecam kedua-dua Griezmann dan Dembele.

Video tersebut telah dirakam oleh Dembele ketika sesi pra musim Barcelona di Asia pada tahun 2019 dan mereka berdua dilihat menghina pekerja technician yang cuba membantu membetulkan TV di hotel kediaman mereka.

Selepas video tersebut tular pada minggu lalu, Ousmane Dembele yang baru saja tersingkir dari saingan Euro 2020 bersama skuad kebangsaan Perancis telah mengeluarkan kenyataan di media sosial miliknya.

Dembele menulis di instagram miliknya dengan menyatakan:

“Hai semua, sejak beberapa hari ini sebuah video peribadi saya pada tahun 2019 telah tersebar di media sosial. Kejadian itu berlaku di Japan. Ia mungkin akan berlaku di mana saja di dunia ini dan saya akan tetap gunakan expresi yang sama.”

“Oleh yang demikian, saya mahu tegaskan yang saya tidak menyasarkan pada mana-mana komuniti. Saya hanya melakukan ekspresi seperti itu ketika bersama sahabat saya tanpa mengira asal usul mereka.”

“Video itu sepertinya sudah tersebar kepada umum. Oleh itu saya sedar yang hal itu akan menyakiti individu dalam video tersebut. Kerana hal ini, saya sejujurnya ingin meminta maaf kepada mereka.”

Sehari selepas itu, Griezmann telah memuat naik status di laman twitter miliknya dengan menyatakan:

“Saya senantiasa menentang segala jenis diskriminasi.”

“Untuk tempoh beberapa hari kebelakangan ini, ada individu yang cuba memperlihatkan imej saya tidak seperti siapa saya yang sebenarnya. Saya dengan tegas menentang segala tuduhan ke atas saya dan saya mintak maaf jika saya menyinggung hati dan perasaan kawan-kawan saya dari Japan.”

Video tular yang dimaksudkan oleh Griezmann dan Dembele itu adalah video ketika mereka berada dalam bilik hotel, sambil beberapa orang pekerja turut ada bersama mereka.

Kesemua pekerja hotel itu berkemungkinan pekerja bahagian technicians, dan mereka ketika itu dilihat sedang berusaha untuk membaik pulih TV yang ada dalam bilik tersebut.

Dembele dikatakan telah bercakap hal-hal yang tidak sepatutnya pada Griezmann dengan menyatakan:

“Semua si hodoh ini, cepat kami mahu bermain PES (Pro Evolution Soccer), tidak ke kamu malu?”

Beliau kemudian menambah lagi dengan menyatakan:

“Bahasa mundur apa yang mereka gunakan itu? Adakah teknologi anda di negara anda sudah maju?”

Walaupun Griezmann langsung tidak balas apa yang dikatakan oleh Dembele, namun peminat turut mengecam beliau kerana sanggup untuk ketawa dengan lawak yang tidak sepatutnya itu.

Griezmann mungkin boleh dimaafkan kerana beliau jelas tidak bersuara apa-apa dalam video yang tular itu dan beliau sendiri sudah meminta maaf.

Namun Dembele sepertinya menambah api ke minyak tanah selepas beliau mengakui yang dirinya sering bergurau begitu, dan ia jelas menunjukkan bahawa beliau suka gurauan berunsur perkauman.

Beliau seakan cuba untuk menunjukkan yang gurauan seperti itu sudah biasa dilakukan dan hanya menjadi isu kerana ia tular di media sosial.

 

Jadi jelas yang pemikiran Dembele tidak cukup matang untuk menjawab atau berdepan dalam situasi seperti ini dengan beliau yang sebenarnya cuba menjernihkan keadaan, sebaliknya menambah kemarahan peminat.

Tidak kira sama ada ia untuk simpanan peribadi atau untuk disebar kepada umum, peminat mengecam beliau kerana kata-kata yang keluar dari mulutnya adalah sangat tidak wajar.

Jadi alasan beliau ia hanya tujuan untuk bergurau dengan rakan sepasukannya tetapi melibatkan individu lain adalah sangat tidak wajar.

Seandainya dalam video itu beliau mengusik Griezmann, mungkin ia tidak akan mencetuskan kontroversi, namun beliau sebenarnya mengusik pekerja hotel itu dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya, maka beliau layak di maki.

Sehingga kini, masih belum jelas sama ada kedua-dua pemain itu dihukum atau tidak oleh Barcelona atau Persatuan Bola Sepak Sepanyol atau Persatuan Bola Sepak Perancis atas kesalahan mereka itu.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang