[VIDEO] Ibrahimovic Cetak Gol Ke-500 Untuk Kelab, Ini Kisah Kepulangannya Ke Milan Setakat Ini

‘Saya ibarat wain yang bagus, semakin tua semakin bernilai,’ itulah kata Ibra satu ketika dahulu ketika menggambarkan dirinya.

Zlatan Ibrahimovic sebelum ini ditandatangani AC Milan untuk jangka pendek bagi menangani krisis serangan mereka. Namun siapa sangka penyerang veteran itu mampu menjadi penyerang utama pasukan yang bersaing untuk kejuaraan liga.

Tiada keraguan tentang kualiti Ibrahimovic akan menjaringkan gol. Namun rekod beliau sejak menyertai Milan pada usianya yang sudah lanjut, sangat luar biasa.

Semalam dalam aksi berdepan dengan Crotone, Zlatan menjaringkan gol ke-500 dalam kariernya dan kemudian menambah satu lagi untuk menjadikan beliau kini sudah mencetak 501 gol di dalam kariernya untuk peringkat kelab.

Gol ke-500 Zlatan, dimulakan oleh Zlatan dan disempurnakan oleh Zlatan.

Beliau memulakan gerakan dan menghantar bola kepada Rafael Leao.

Rafael Leao kemudian dengan cantiknya terus menghantar kembali bola kepada Zlatan yang melakukan off ball running.

Zlatan menerima bola dan dengan mudah menewaskan penjaga gol dengan pemusnah sempurna.

Berikut adalah catatan Zlatan bersama kelab kelab yang pernah diwakilinya.

Zlatan Ibrahimovic menyumbang dua gol dan Rebic pun dua gol untuk membolehkan AC Milan menang 4-0.

Ibrahimovic sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang ketika Milan memerlukan kemenangan.

Beliau turut menambah Crotone dalam koleksinya sebagai mangsa ke-31 daripada 34 pasukan Serie A pernah ditentangnya.

Dan kini Milan berada dua mata di puncak liga di atas seteru utama mereka Inter Milan.

Adakah anda rasa AC Milan akan menamatkan dominasi Juventus dalam Serie A dan sekaligus menamatkan juga kemarau kejuaraan liga mereka?

Kisah kepulangan semula Zlatan

Zlatan Ibrahimovic pada awalnya dikaitkan dengan Napoli kerana mahu menyertai semula Carlo Ancelotti.

Namun begitu, pengurus itu kemudian dipecat oleh pasukan Napoli meskipun berjaya membawa mereka layak ke pusingan kalah mati Liga juara-juara Eropah pada ketika itu.

Ia telah membuatkan Zlatan Ibrahimovic mulai dikaitkan dengan pasukan Everton yang kemudiannya melantik Ancelotti sebagai pengurus

Zlatan turut dikaitkan dengan beberapa lagi pasukan di Serie A.

Namun Carlo Ancelotti menafikan bahawa Everton ada menghubungi Zlatan Ibrahimovic. Zlatan dan Ancelotti pernah bekerjasama ketika di Paris St Germain.

Akhirnya Zlatan telah bertekad menyertai semula AC Milan. Di mana Zlatan menyatakan bahawa AC Milan sentiasa menjadi kelab yang dekat di hatinya.

Zlatan menjadi ejen bebas selepas meninggalkan LA Galaxy.

AC Milan ketika itu dalam proses untuk memperbaiki krisis prestasi pasukan. Di mana beberapa hari sebelum kedatangan Zlatan, mereka baru sahaja dimalukan oleh Atalanta dengan kekalahan 5-0.

Kehadiran Zlatan telah membantu Milan meningkatkan lagi prestasi mereka.

Zlatan percaya Milan akan juara sekali lagi

Beberapa minggu setelah menyertai Milan, Zlatan menyatakan beliau yakin AC Milan akan menjuarai liga sekali lagi. Kenyataan yang membuatkan ramai pihak agak kurang yakin..

Bercakap kepada Sky Italia, Zlatan berkata: “Kami baru berada di permulaan.”

“Sejak saya tiba pasukan ini telah melakukan banyak perkara yang bagus, terutama sekali selepas lockdown.”

“Pasukan ini berkembang secara mentaliti. Pemain muda lebih bertanggungjawab. Mereka berlatih dengan bagus sekali.”

“Saya pula [selaku pemain veteran] rasa bertanggungjawab sebab saya paling tua dalam pasukan ini.”

“Ini situasi yang saya sangat sukai, semua orang di sini mengikut seperti apa yang saya mahukan, semuanya laparkan kemenangan.”

“Kita fikirkan satu perlawanan dalam satu masa. Setiap perlawanan ibarat final. Apbila saya tiba di sini, matlamat kami adalah ke Eropah dan kami berjaya mencapainya.”

“Musim ini kelab juga mensasarkan untuk ke Eropah lagi. Namun matlamat peribadi saya berbeza sekali, saya akan simpan untuk diri sendiri.”

Ditanya sama ada, AC Milan akhirnya akan mampu menjuarai Serie A?

Zlatan berkata: “Scudetto? Pada pandangan saya memang tak mustahil kali ini, asalkan setiap orang percaya boleh melakukannya. Kami kini percaya kami mampu.”

“Dan lepas ini kita akan tengok bagaimana kempen ini berakhir. Masih jauh lagi perjalanan.”

Bulan lalu, Zlatan menyuarakan keyakinan yang sama: “Saya percaya kepada Zlatan [bahawa Milan akan juara Serie A], maka kamu pun harus percaya.”

Zlatan Ibrahimovic telah meminta maaf atas ketiadaannya yang agak lama tetapi menyatakan kesungguhannya untuk melakukan semula tugasnya dengan baik.

Ibrahimovic berkata kepada Sky Italia selepas membantu pasukannya menang ke atas Cagliari, Zlatan berkata:

“Saya harus menjaringkan satu lagi, ia memerlukan dua gol lagi untuk menang. Itu adalah perlawanan yang sukar, saya tidak bermain selama 57 hari, saya minta maaf. ”

“Ia boleh berlaku. Sekurang-kurangnya tidak mudah untuk bermain, menentang pasukan yang sukar untuk dikalahkan, ”kata beliau kepada Milan News.

Mengenai pemain pemain yang lebih muda di dalam pasukannya, penyerang berusia 39 tahun itu berkata: “Orang muda itu semua yang memotivasi saya, mereka mencabar diri saya untuk melihat siapa yang berlari lebih banyak, saya tidak menyerah dan menunjukkan bahawa saya boleh berlari seperti mereka.”

“Kami bermain dengan baik, kami sudah beraksi hampir separuh musim. Sekarang perlawanan yang paling sukar bermula. Ini akan menjadi jadual yang sangat sukar, tetapi dengan Mandzukic, Meité, saya tidak tahu apakah lebih ramai yang akan tiba. Lebih ramai pemain tersedia untuk jurulatih pilih, mereka dapat membantu. ”

Baca yang lain