Video: Ibrahimovic Skor Dan Buat Assist Dalam Kemenangan 9-0 AC Milan Dalam ‘Friendly’ 9-0

Zlatan Ibrahimovic sudah memulakan sesi latihan dan pakej perlawanan persahabatan dengan AC Milan.

Zlatan sah kembali semula ke AC Milan selepas meninggalkan pasukan itu pada 8 tahun lalu.

Zlatan Ibrahimovic meninggalkan AC Milan sebagai juara Itali ketika itu sebelum monopoli Juventus sehingga ke hari ini.

Zlatan Ibrahimovic adalah pemain yang sudah pun berusia 38 tahun.

Stefano Piolli dalam sidang medianya menyatakan beliau membawa Zlatan kerana mahu pemain itu menjadi pemimpin kelompok pasukan termuda dalam Serie A musim ini.

Zlatan sudah pastinya tidak berada pada peak terbaik beliau. Dan berada pada fasa akhir kariernya.

Zlatan yakin akan dapat membantu AC Milan melonjakkan pasukan itu ke kedudukan yang lebih baik.

Ketika ini, kedudukan sekarang pasukan AC Milan di Serie A adalah tidak bagus. Mereka berada di tangga kesebelas dengan hanya 21 mata. Lapan kekalahan setakat ini.

Zlatan sudah berjanji akan membawa semula keceriaan di San Siro sekali lagi.

Beliau pastinya diharap akan dapat membangkitkan pemain pemain muda dan berbakat di AC Milan.

Semalam, AC Milan mengadakan perlawanan pemanas badan untuk persediaan hujung minggu ini.

Mereka bermain perlawanan persahabatan tertutup menentang pasukan divisyen kelima Itali iaitu Rhodense. Seperti yang dijangka ianya perlawanan yang mudah untuk AC Milan. Kalau kalah ni, tak taulah nak cakap apa.

Zlatan Beraksi Kembali

Zlatan terlibat dalam perlawanan ini. Beliau sebenarnya dikecualikan daripada perlawanan ini kerana baru sahaja tiba. Namun Zlatan meminta keizinan khas untuk terlibat. Jadi, siapa yang boleh halang kan? Kalau Zlatan nakkannya.

Stefano Pioli menurunkan 2 kesebelasan berbeza di setiap babak. Dan Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol di dalam perlawanan ini.

Perlawanan ini adalah untuk mengembalikan semula kecergasan para pemain Milan.

Ibrahimovic memulakan perlawanan pada separuh masa pertama, bergandingan dengan Suso dan Hakan Calhanoglu di bahagian serangan.

Davide Calabria menjaringkan 2 gol pertama AC Milan. Dan kemudian Calabria mencipta peluang gol untuk Zlatan yang mudah melakukan tolakan ke dalm gol.

Ibrahimovic kemudian mencipta assist kepada Calhanoglu untuk gol keempat Milan. Paqueta menjaringkan satu lagi gol untuk Milan menamatkan separuh masa pertama dengan lima kosong.

Pada separuh masa kedua, Milan menjaringkan 4 gol lagi dalam aksi ini.

Zlatan sudah tak sabar untuk kembali ke Serie A sebagai pemain AC Milan dalam kontrak jangka pendek bersama pasukan tersebut.

Baca yang lain