[VIDEO] Idola Messi, Pablo Aimar Menangis Melihat Gol Luar Biasa Beliau

Nama Pablo Aimar bukanlah asing untuk peminat bola sepak terutama sekali Malaysia. Dia pernah beraksi dalam Piala Dunia Belia di Malaysia. Dan kemudian beraksi untuk JDT.

Pablo Aimar bukan nama kecil dalam bola sepak. Dia adalah legenda. Pemain yang genius dan licik itu merupakan idola kepada Lionel Messi.

Aimar berada dalam pasukan staf kejurulatihan Scaloni di Argentina.

Selepas kekalahan mengejut dalam perlawanan pertama, di tangan Arab Saudi, pasukan Argentina memerlukan kemenangan untuk memastikan mereka kekal dalam persaingan.

Ianya bukan perlawanan yang mudah. Pablo Aimar benar benar gementar, risau kalau Argentina kalah dalam perlawanan ini. Mereka berterusan gagal menembusi gawang Mexico.

Namun perasaan cemas itu bertukar lega, selepas lebih sejam aksi. Lionel Messi akhirnya menjaringkan gol sangat cantik minit ke-64.

Argentina menang 2-0, dengan 1 lagi gol seumbangan Enzo Fernandez.

Gol itu benar benar menunjukkan betapa semulajadinya teknik dan naluri pembunuh Messi.

Melihat Messi menjaringkan gol itu, Aimar menitiskan air matanya. Pemain yang memiliki 7 Ballon d’Or itu merupakan peminat tegar Pablo Aimar. Pemain yang memberikannya inspirasi untuk menjadi pemain bola sepak profesional.

Aimar mungkin juga terharu kerana Messi kini menyamai rekod mendiang Diego Armando Maradona dengan 8 gol dalam kempen Piala Dunia.

https://twitter.com/JuannDis/status/159660254090035609

Gol itu dihasilkan Messi sehari selepas Argentina mengadakan hari mengenang pemergian Maradona selepas setahun.

Sebelum ini Messi pernah berkata: “Idola saya ialah Pablo Aimar. Saya sangat suka melihat dia bermain dan saya telah mengikuti perkembangan kariernya sejak dia bermain di River Plate lagi.”

Kini Aimar menjadi guru Messi di Argentina. Ianya ibarat kisah luar biasa dan tak ramai yang berpeluang menikmatinya.

Argentina kini masih perlu menang ke atas Poland dalam aksi terakhir peringkat kumpulan untuk menjamin tempat mereka di kalah mati.

Messi sebelum ini menyatakan bahawa ini adlaah Piala Dunia terakhir untuknya. Ini bermakna, edisi kali ini adalah peluang terakhir Messi dalam usahanya mahu menjulang Piala Dunia di dalam karier bola sepaknya yang sangat luar biasa.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi