Olimpik ada banyak sekali kisah luar biasa. Tidak kira detik kejayaan, detik kecewa serta tangisan, ianya terlalu luar biasa untuk diceritakan.
Dalam aksi lompat tinggi lelaki akhir dalam sukan Olimpik 2020, berlaku kisah menarik melibatkan pelompat tinggi legenda Essa Barshim dengan dengan Giarmarco Tamberi.
Mutaz Essa Barshim dari Qatar, bukan nama asing dalam sukan ini. Dia malah pernah diletakkan oleh Javier Sotomayor sebagai calon paling berpotensi untuk memecahkan rekod dunia miliknya yang sudah sekian lama terpahat.
Dalam aksi acara padang tersebut, Essa Barshim dan pelompat tinggi Itali bersaing sengit dan tidak dapat dipisahkan.
Kedua dua atlet melompat pada ketinggian yang sama. Dan Essa Barshim bertanya kepada pegawai pertandingan sama ada bolehkah mereka berkongsi pingat emas itu berbanding dengan melakukan penentuan dengan jump off.
Pegawai pertandingan menyatakan ya! Dan kedua duanya seronok sekali berpelukan. Detik itu juga membuatkan ramai di dalam stadium terharu.
Ini merupakan kali pertama ada juara bersama dalam acara tersebut selepas 109 tahun.
Kedua dua atlet berjaya melaksanakan cabaran ketinggian 2.19 meter dan kemudian 2.37 meter tanpa sebarang faul.
Seorang lagi pelompat tinggi yang lulus melepasi 2.37 meter ialah Maksim Nedaeskau dari Belarus. Namun beliau melakukan kesilapan dalam lompatan 2.19 dan 2.35 meter.
Ketika mereka sedang berkira kira untuk melakukan lompatan 2.39 meter untuk rekod Olimpik, kedua duanya berpelukan dan berbincang.
Pegawai pertandingan bertanya sama ada kedua dua pelompat mahu melakukan jump off?
Essam berkata kepada Marco: “Kita nak teruskan ke?”
Selepas itu Essam bertanya kepada pegawai pertandingan: “Boleh ke kitorang berkongsi?”
Kerana bagi Essam kedua duanya sangat berhak mendapat emas itu.
Pegawai pertandingan menjelaskan memang mereka boleh berkongsi dan sebenarnya pegawai tersebut mahu memberitahu perkara yang sama. Di mana kedua dua atlet tak perlu melakukan jump off jika mereka tidak mahu.
Mendengarkan penjelasan itu, Giamarco melompat dan memeluk Essam. Dia tak sangka legenda itu sanggup berkongsi pingat dengannya.
Selepas itu, bercakap kepada sidang media, legenda lompat tinggi Qatar itu berkata: “Ianya luar biasa! Untuk berkongsi emas dengan Marco, satu perasaan sangat luar biasa. Ianya hebat! Saya sangat gembira.”
“Ini sukar dipercayai. Ini gila dan saya sangat gembira. Itu adalah satu satunya perkara yang belum rasai. Sekarang saya rasa sudah lengkap dan sangat gembira.”
Kedua dua atlet kemudian berlari mengarak bendera negara mereka di sekitar stadium.
Essa Barshim sebelum ini memenangi gangsa dan perak dalam dua edisi Olimpik sebelumnya. Beliau turun sebagai peserta pilihan selepas memenangi kejuaraan dunia yang lalu.
3. My sporting highlight of the year: The moment Gianmarco Tamberi and Mutaz Essa Barshim decided to share the men’s high jump gold at the Tokyo Olympics. pic.twitter.com/9vRQgnF2pI
— ⭐ amy o'connor ⭐ (@amyohconnor) December 19, 2021
Atlet Great Britain, Eilish McGolgan terharu melihat detik itu dan berkata: “Sangat hebat, dua insan yang baik hati dalam hidup kita telah berkongsi emas.”
Seorang lagi atlet, Emily Borthwick berkata: “Saya tak menangis, saya tak menangis.”
Jurulatih kecergasan, Steve Magness berkata di Twitter: “Perkongsian emas olimpik di antara Barshim dan Tamberi serta emosi yang menyelebungi kedua dua mereka selepas itu, mencerminkan segala galanya. Detik yang hebat dalam arena lompat tinggi.”
Twitter USA Track and Field menulis: “Suka melihat semangat kesukanan Qatar dan Itali dalam acara akhir lompat tinggi lelaki.”