Video: Imbas Detik Ronaldinho, Ronaldo, Rivaldo Menghancurkan Generasi Emas Argentina

Pada 1999, pemain yang masih muda ketika itu Ronaldinho diturunkan bersama dengan Rivaldo dan Ronaldo untuk gandingan 3R.

Rivaldo merupakan pemain yang bermain di posisi penyerang kedua ataupun nombor 10.

Ronaldo R9 memang no.9 sejati. Dan Ronaldinho pemain nombor 10 yang bermain dalam peranan bebas.

Pada ketika itu lawan mereka adalah musuh tradisi Argentina. Brazil dikendalikan oleh Wanderlei Luxemburgo, manakala Argentina dikendalikan Marcelo Bielsa.

Rivaldo menjaringkan hatrik dalam aksi tersebut. Ronaldo pula menjaringkan 1 gol. Namun aksi R9 memang padu beb. Ronaldinho menunjukkan kenapa beliau akan menjadi bakat luar biasa selepas itu.

Lawan mereka bukang kaleng kaleng, generasi emas Argentina yang sarat dengan bakat.

Kesbelasan utama Brazii dibarisi nama nama seperti:

Dida, Antonio Carlos, Cafu, Roberto Carlos, Emerson, Ronaldinho, Vampeta, Ze Roberto, Rivaldo, Ronaldo dan Scheidt.

Padu bukan?

Manakala kesebelasan utama Argentina pula: Roberto Bonano, Walter Samuel, Roberto Ayala, Nelson Vivas, Juan Pablo Sorin, Juan Sebastian Veron, Javier Zanetti, Hernan Crespo dan Ariel Ortega.

Ini pun padu gila.

Brazil menang 4-2 dalam aksi yang sangat menghiburkan manusia peminat bola sepak. Argentina sukar mencari jawapan kepada serangan bertiga Brazil ini.

Ni ada versi panjang, tapi korang kena klik open via browser kalau yang ada isu dengan iklan menepek kat Youtube:

Baca yang lain