[VIDEO] Imbas Detik Sang Raja Pulang Ke Emirates Dan Skor!

Cristiano Ronaldo sah kembali ke Old Trafford. Ianya pasti akan disambut dengan luar biasa peminat Man United.

Beberapa tahun yang lalu, pernah juga terjadi, seorang KING kembali semula ke kelab lamanya iaitu Thierry Henry.

Henry, kepulangan Sang Raja Arsenal

Arsene Wenger memberikan peluang kepada legenda hidup Arsenal itu beraksi dan menunjukkan apa yang beliau masih miliki kepada generasi baru.

Henry dimasukkan pada babak akhir perlawanan menggantikan Marouane Chamakh dalam aksi berdepan dengan Leeds.

Ketika masuk, stadium Emirates bergema. David Beckham turut ada di situ menemani anak lelakinya yang merupakan peminat setia Arsenal.

Kemasukan Henry disambut dengan riang gembira di Emirates. Baginda raja Henry adalah legenda. Kadangkala kisah legendanya seperti satu mitos.

King Henry diundi sebagai pemain terhebat dalam sejarah The Gunner pada 2008.

Mikel Arteta turut berada di dalam padang ketika aksi itu.

Sumbangan pertama Henry dalam perlawana tersebut adalah ofsaid.

Memang minggu itu minggu otai kembali semula ke dalam pasukan. Paul Scholes keluar dari persaraan dan membantu United menang 3-2 ke atas Manchester City.

Arsenal buntu mencari gol kemenangan. Mereka mendominasi perlawanan dan bertenaga sepanjang perlawanan.

Thierry Henry merupakan pemain yang sangat banyak menyelamatkan Arsenal ataupun memberikan kemenangan kepada Arsenal jika diperlukan. Tak terkira!

Henry kemudian melakukan satu larian yang cantik dari belakang pertahanan.

Henry mengawal bola dengan sentuhan pertama dan mencipta satu ruang terbaik untuk dirinya melakukan rembatan.

Henry kemudian melakukan satu rembatan yang melencong. Tipikal gol Henry. Sesedap rasa dan tak deras.

Jaringan pada lewat perlawanan itu memberikan Arsenal kemenangan dan mara ke pusingan ke-4.

Henry kembali meraikan gol beliau di hadapan penyokong Arsenal. Beliau berlari ke seksyen penyokong dengan girangnya.

Ketajaman beliau memang orang kata ‘razor sharp’. Singa, walaupun tua, masih ada cakarannya. Itulah gambaran kepada Henry, pemain yang memiliki tugu khas di luar Emirates.

Henry seperti mengajar para pemain lain cara untuk menjaringkan gol pada malam itu.

Menunggu di tempat yang tepat, kemudian melakukan kawalan kemas. Tidak perlu melakukan sentuhan tambahan, hanya perlu merembat ke gawang apabila ada peluang.