[VIDEO] Imbas Detik Unai Emery Bagi Jari Tengah Kat Orang Troll Good Ebening Depannya

Unai Emery rasminya menjadi pengurus baharu Aston Villa. Dan dia akan memulakan tugasannya pada 1 November selepas menyelesaikan semua dokumentasi yang perlu.

Aston Villa membayar klausa pelepasan EUR6 juta yang terkandung dalam kontrak Emery. Pengurus itu mendapat gaji lumayan EUR7 juta semusim di Villa Park.

Bekas pengendali Arsenal itu sangat disenanangi media kerana seorang yang santai. Dia juga terkenal kerana ucapan Good Ebening.

Namun ada satu ketika Unai Emery jadi panas hati melihat ada orang cuba perlekehkannya.

Rakaman video menggemparkan peminat telah muncul menunjukkan respons kejam Unai Emery terhadap permintaan peminat selepas perlawanan persahabatan Villarreal menentang Southampton pada beberapa bulan lalu.

Bekas pengurus Arsenal itu kembali ke England ketika dia membawa pasukannya ke stadium St Mary untuk menentang Saints pimpinan Ralph Hasenhuttl.

Dalam perlawanan itu, Villarreal masa tu menang. Hasil jaringan Yeremy Pino dan Gerard Moreno, pasukan La Liga itu menang 2-1. Pemain baru Southampton dibeli dari Rangers, Joe Aribo adalah penjaring untuk tuan rumah.

Selepas perlawanan, Emery dilihat melayan peminat dengan bergambar dan menandatangani autograf untuk peminat yang menunggu di luar stadium. Tetapi kemudian keadaan menjadi agak panas.

Ini gara gara seorang peminat meminta Emery untuk mengatakan ‘Good ebening’, yang merujuk kepada sebutan Good Evening yang selalu dia ucapkan semasa beliau mengendalikan Arsenal.

Semasa menjadi sebagai bos Gunners, Emery sering memulakan setiap temu bual atau sidang akhbar dengan ungkapan ‘good evening’, tetapi disebabkan loghatnya ia kedengaran sambil berkata ‘good ebening’.

Akibatnya, dia sering mendapati dirinya menjadi subjek trolling di media sosial. Bagaimanapun, walaupun memenangi perlawanan itu, Emery pada awalnya tidak berminat untuk melayan permintaan individu ini.

Namun dia semakin mendesak minta perhatian daripada Unai Emery.

Dalam video itu, peminat kedengaran bertanya: “Bolehkah kamu mengatakan ‘Good ebening?” Sementara yang lain berkata: “Saya rasa kamu telah melakukan yang terbaik di Arsenal [dengan nada mengajuk Unai Emery]…”

Emery yang agak kecewa dengan troll itu bertindak kejam dengan menunjukkan jari tengahnya ke arah kamera sambil menggoyangkannya. Walaupun lelaki lelaki itu menyambutnya dengan riang gembira. Namun Unai Emery jelas sekali serius.

Sejak rakaman itu menjadi viral, ramai peminat menyebelahi Emery. Seorang peminat berkata: “Baiklah dia. Dia bukan monyet kamu untuk kamu mintak dia melakukan helah macam kat sarkas. Tak hormat langsung. Saya tidak dapat bayangkan berbuat demikian kepada seseorang yang sebaya dengan saya apatah lagi seseorang yang berumur 20 tahun lebih tua daripada saya.”

Seorang lagi tweet: “Nah, saya sudah lama tidak melihat jari tengah yang seperti itu, padan muka.”

Yang ketiga menambah: “Dia maksudkan itu dari segenap hatinya. Dia seorang yang baik hati, namun ada batasannya apabila orang mengejeknya dan tidak menghormatinya selama ini.”

Seorang lagi peminat menyatakan bahawa, dia kesal dengan generasi hari ini yang tidak tahu menghormati orang seperti Unai Emery. Dia bukan penutur Bahasa Inggeris sebagai bahasa ibundanya. Namun di Arsenal dia berusaha untuk bercakap agar mesej dia sampai.

Ada juga yang berkata, orang Inggeris memang suka memperlekehkan orang yang bercakap bahasa mereka dalam slanga. Mereka juga menasihati agar troll seperti itu dibuat di media sosial sudahlah, jangan dibawa sampai ke depan orang setaraf Unai Emery yang sebaya dengan ayah mereka.

Lagipun Unai Emery mengucapkan Good Evening itu atas niat yang murni sebagai salam pembukaan.

Baca yang lain