Pasukan kebangsaan B-23 Indonesia terpaksa melupakan impian untuk memenangi pingat emas acara Bola Sepak, dalam Sukan SEA 2021 selepas tewas 0-1 kepada Thailand.
Pasukan kebangsaan Thailand B-23 tampil dengan aksi pembukaan yang agresif dan corak permainan berasaskan serangan.
Pada minit ke-25, Thailand memiliki peluang keemasan menerusi sepakan jarak jauh Benjamn Davis. Walaupun mencipta beberapa serangan bahaya, namun itulah percubaan tepat pertama Thai dalam perlawanan ini.
Indonesia kemudian cuba mengimbangi perlawanan. Namun Thailand segera memastikan mereka kembali menguasai perlawanan. Pada minit ke-35, Indonesia meminta penalti selepas Alfeandra Dewangga terjatuh dalam kotak penalti. Namun pengadil menganggap ianya satu insiden 50-50.
Pada minit ke-37, Rizky Ridho mengancam gol Thailand dengan tandukan bahaya selepas menyambar hantaran daripada Edy Maulana Vikri. Namun tersasar daripada sasaran.
Sebelum rehat, Mark Klok melakukan percubaan yang terkena palang gol. Ianya adalah peluang keemasan terakhir separuh masa pertama sebelum rehat.
Bersambung babak kedua, hanya 3 minit perlawanan bersambung, Chayapiyat Susanpasuch menyungkit bola kepada Ekanit Panya. Tetapi percubaannya meliar.
Pemain Indonesia, Marselino Ferdinan kemudian dilayangkan kad kuning kad kuning pada minit ke-59, selepas mengasari Ben Davis.
Saddil Ramdani dan Syahiran Abimayu masuk pada minit ke-64 untuk memperbaiki aspek kecergasan di atas padang.
Namun hanya selepas 2 minit, di atas padang, pemain yang beraksi untuk Sabah itu menerima kad kuning kerana mengasari Airfan Doloh.
Indonesia kemudian menghasilkan 2 peluang keemasan menerusi Syahiran Abimanyu dan Ricky Kambuaya. Namun kedua dua percubaan mereka gagal untuk menewaskan Kawin Thamsatchanan.
Perlawanan 90 minit berakhir tanpa jaringan dan diheret ke masa ekstra 30 minit.
Bermula daripada babak pertama masa ekstra, Thailand terus agresif. Dan mereka mendapat gol pertama pada minit ke-95 menerusi Weerathep Pompun yang menerima umpanan Ben Davis.
Indonesia gagal membalas gol itu untuk babak pertama. Kemudian pada babak kedua Ricky Kambuaya memprotes tindakan pemain Thailand yang melengah lengahkan perlawanan. Pengadil melayangkan kad kuning kepada Kambuaya.
Thailand terpaksa kehilangan seorang pemain selepas Korawich Tasa dibuang padang. Dia kemudian melengahkan waktu tak nak keluar.
Seterusnya pada baki 3 minit terakhir perlawanan, berlalu kekecohan. Pemain Thailand bengang kerana Firza Andika melakukan kekasaran dengan menerjah lawannya dengan keras. Pemain pemain Indonesia dan Thailand bertelagah.
Keadaan menjadi lebih buruk buat Indonesia, apabila 2 lagi pemain Indonesia dibuang padang menyertai Firza Andika. Mereka ialah Rachmat Irianto dan Ricky Kambuaya.
Pengadil turut melayangkan 1 kad kuning lagi kepada pemain Thailand kerana banyak cakap. Kemudian 1 lagi kad kuning kepada jurulatih Thailand.
Skor akhir gol:
Thailand 1-0 IndonesiaSkor akhir kartu merah:
Thailand 1-3 Indonesia 💪 pic.twitter.com/dvcvnjhTIB— Fakta Bola ⚽ (@FaktaSepakbola) May 19, 2022
Pengadil selepas itu menamatkan aksi dan Thailand meluncur ke final.
Saksikan insiden itu di sini:
Indonesia terpaksa melepaskan impiannya untuk memenangi pingat emas ke atas Thailand selepas tewas 0-1.
Keputusan ini juga melanjutkan lagi rekod buruk Indonesia di tangan Thailand pada peringkat kalah mati Sukan SEA sejak menukar format pada 2001.
Thailand kini sudah menewaskan Indonesia daripada kalah mati dalam 5 edisi.
Semifinal Sepakbola Putra #SEAGames2021 :
Indonesia 🇮🇩 belum berhasil lolos ke babak final setelah kalah dari Thailand 🇹🇠dengan skor akhir 0-1 .
Gol Thailand 🇹🇠berhasil dicetak oleh Weerathep Pomphun '95 dan diwarnai dengan 3 kartu merah untuk Indonesia . 📷:@PSSI#SEAGames31 pic.twitter.com/UPgBKI8Rcm— Irfan Maulana (@irfanirfanmaul4) May 19, 2022
Penyokong Indonesia ternyata tidak berpuas hati dengan corak permainan Thailand yang menurut mereka bermain kotor dan provokatif.
Di ruangan komen ada yang menyatakan bahawa selain daripada Thailand, wasitnya juga curang.
Lebih mengejutkan nama Vietnam pun kena petik sekali kerana suka curang. Curang ni curang dalam padang ye, bukan curang pasang perempuan lain.
Para peminat Indonesia terus menghentam pasukan Siam dan juga pengadil yang menjadi punca mereka kalah.
Kerana menurut mereka Indonesia mencipta lebih banyak peluang sepanjang perlawanan.
Ada juga yang mengajak penyokong Indonesia bersilaturahim dengan pemain Thai di media sosial.
Yang mau silaturahmi pic.twitter.com/DIUVHthmNB
— Otai (@hmmmtai) May 19, 2022
Apa yang pasti masih ramai peminat Indonesia berbangga dengan semangat juang para pemain mereka. Mereka berharap para pemain muda mereka akan terus belajar dan memperbaiki diri lagi. Kerana masih ada banyak kelemahan yang perlu digariskan dan untuk diperbaiki pada masa akan datang.