[VIDEO] Influencer Arab Ini Terkejut Tengok Penyokong Jepun Kutip Sampah Selepas Aksi Qatar vs Ecuador

Peminat Jepun mungkin membuatkan penyokong lain harus berasa malu apabila mereka memungut sampah selepas perlawanan Piala Dunia yang tidak melibatkan pasukan mereka.

Sekumpulan penyokong Jepun telah hadir untuk acara pembukaan Piala Dunia 2022 dan kemudian menyaksikan perlawanan antara Qatar dan Ecuador.

Selepas tamat perlawanan, mereka terus kekal di stadium dan membersihkan sampah dengan memasukkannya ke dalam plastik sampah.

Penyokong Jepun memang ada reputasi terpuji sebagai salah satu kelompok penyokong yang paling berdisiplin di dunia. Mereka membawa budaya yang positif itu dan telah banyak memberikan kesedaran kepada penyokong negara lain.

Dalam Piala Dunia sebelum ini mereka turut melakukan perkara yang sama, kekal stadium bagi memastikan sampah dibersihkan sebelum beredar.

Begitu juga dalam Piala Dunia Ragbi pada 2019.

Satu rakaman video yang disiarkan dalam talian menunjukkan peminat Jepun mengutip sisa sampah di tempat duduk di dalam stadium Al Bayt.

Influencer dari Bahrain, Omar Farooq terkejut melihat apa yang dilakukan penyokong penyokong Jepun tersebut.

Dia berkata: “Peminat Jepun telah memutuskan untuk membersihkan stadium.”

“Ada orang memberitahu saya bahawa ini adalah benda biasa bagi mereka.”

“Ini bukan perlawanan pasukan mereka!”

“Apabila saya bertanya kepada mereka, ‘Mengapa kamu membersihkan sesuatu yang tidak berkaitan dengan perlawanan pasukan kamu?’”

“Jawapannya ialah, ‘Orang Jepun tidak pernah meninggalkan sampah ditinggalkan belakang kita. Kami menghormati sesuatu tempat.”

Mereka juga menafikan perbuatan mereka adalah kerana semata mata untuk dirakam kamera.

Satu tindakan terpuji dan selayaknya mendapat pujian daripada netizen. Ramai yang mendoakan agar pasukan Jepun menikmati kempen Piala Dunia yang baik dalam edisi kali ini.

Jepun merupakan salah satu daripada wakil Asia yang akan turun beraksi dalam Piala Dunia 2022.

Baca yang lain