[VIDEO] Ini 3 Gol Dicalonkan Dalam Puskas Kali Ini, Mana Pilihan Korang?

FIFA juga mengumumkan calon akhir bagi Puskas Award 2020, bagi mengiktiraf gol tercantik tahun ini.

Terdapat 11 pencalonan yang diumumkan oleh FIFA dari seluruh dunia. Gol dari Son Heung-Min dan Luis Suarez adalah salah satu calon terkuat untuk memenanginya.

Son dicalonkan untuk menjaringkan gol solo ketika Tottenham Hotspur menghadapi Burnley pada 7 September 2019. Son menggelecek dari kawasannya sendiri melewati beberapa pemain Burnley sebelum menjaringkan gol menentang Nick Pope.

Sementara itu, Luis Suarez menjaringkan gol cantik pada 7 Disember 2019 ketika Barcelona berdepan Real Mallorca. Mendapat hantaran pendek dari Frenkie de Jong, Suarez tanpa melihat gol menendang bola dengan tumit dan gol.

Berikut adalah 11 pencalonan akhir sebelum disaring kepada 3 calon terakhir.

1. Shirley Cruz (Costa Rica) – Costa Rica vs Panama [Kelayakan Olimpik Wanita Concacaf] (28 Januari 2020)

2. Giorgian De Arrascaeta (Uruguay) – Ceara SC lwn CR Flamengo [Brasileirao] (25 Ogos 2019)

3. Jordan Flores (England) – Shamrock Rovers FC lwn Dundalk FC [Liga Ireland] (28 Februari 2020)

4. André-Pierre Gignac (Perancis) – UANL Tigres vs Pumas UNAM [Liga Mexico] (1 Mac 2020)

5. Sophie Ingle (Wales) – Arsenal WFC vs Chelsea FC Wanita [Liga Super Wanita FA] (19 Januari 2020)

6. Zlatko Junuzovic (Austria) – SK Rapid Wien lwn FC Red Bull Salzburg [Bundesliga Austria] (24 Jun 2020)

7. Hlompho Kekana (Afrika Selatan) – Mamelodi Sundowns FC vs Cape Town City FC [Liga Bola Sepak Premier Afrika Selatan] (20 Ogos 2019)

8. Son Heung-min (Korea Selatan) – Tottenham Hotspur FC vs Burnley FC [Liga Perdana] (7 Disember 2019)

9. Leonel Quinonez (Ecuador) – Universidad Católica vs CSD Macara [Serie A Ecuador] (19 Ogos 2019)

10. Luis Suarez (Uruguay) – FC Barcelona vs RCD Mallorca [La Liga] (7 Disember 2019)

11. Caroline Weir (Scotland) – Manchester City WFC vs Manchester United WFC [FA Women’s Super League] (7 September 2019).

Dan pada hari ini FIFA memilih 3 gol yang berada di final untuk memenangi anugerah yang pernah dimenangi oleh Faiz Subri pada 2016 itu.

Calon itu ialah:

Anugerah Puskas

1. Giorgian De Arrascaeta (Uruguay) – Ceara SC vs CR Flamengo (Brasileirao – Brazil, 25 Ogos 2019)

Arrascaeta melakukan satu libasan yang cantik dari kawasan berdekatan garisan kotak penalti menewaskan penjaga gol.

2. Son Heung Min (Korea Selatan) – Tottenham Hotspur vs Burnley (Liga Perdana Inggeris – 7 Disember 2019)

Pemain antarabangsa Korea Selatan itu melakukan larian solo dari kawsannya sehingga ke final third dan menjaringkan gol.

Gol yang ala Maradona itu membuatkan Son bangga terutama sekali secara kebetulan ibu dan ayahnya turut berada di dalam stadium pada hari itu.

“Bertuah sekali saya dapat menjaringkan gol di tempat sendiri yang penuh dengan penyokong, dan ibu bapa saya pun turut berada di sana. Jadi ini sangat sukar dipercayai.”

“Menjaringkan gol ini membuatkan saya benar benar bangga dan gembira.”

3. Luis Suarez (Uruguay) – Barcelona vs Mallorca (La Liga – Sepanyol, 7 Disember 2019)

Luis Suarez melakukan satu back heel yang tak masuk akal ketika berdepan dengan Mallorca. Di mana beliau menyatakan ketika itu dia cuma ada pilihan itu sahaja.

Suarez menganggap gol itu sebagai gol tercantik di dalam kariernya.

Mana korang rasa akan menang?

Berikut pula senarai penuh pencalonan akhir FIFA Best 2020.

Pemain Wanita Terbaik

Lucy Bronze (England / Olympique Lyonnais / Manchester City WFC)
Pernille Harder (Denmark / VfL Wolfsburg / Chelsea FC Wanita)
Wendie Renard (Perancis / Olympique Lyonnais

Pemain Lelaki Terbaik

Cristiano Ronaldo (Portugal / Juventus FC)
Robert Lewandowski (Poland / FC Bayern München)
Lionel Messi (Argentina / FC Barcelona)

Penjaga Gol Terbaik (W)

Sarah Bouhaddi (Perancis / Olympique Lyonnais)
Christiane Endler (Chile / Paris Saint-Germain)
Alyssa Naeher (Bintang Merah Amerika Syarikat / Chicago)

Penjaga Gol Terbaik (L)

Alisson Becker (Brazil / Liverpool FC)
Manuel Neuer (Jerman / FC Bayern München)
Jan Oblak (Slovenia / Atlético de Madrid)

Jurulatih Pasukan Wanita Terbaik

Emma Hayes (Wanita England / Chelsea FC)
Jean-Luc Vasseur (Perancis / Olympique Lyonnais)
Sarina Wiegman (pasukan kebangsaan Belanda / Belanda)

Jurulatih Pasukan Lelaki Terbaik

Marcelo Bielsa (Argentina / Leeds United FC)
Hans-Dieter Flick (Jerman / FC Bayern München)
Jürgen Klopp (Jerman / Liverpool FC)

Anugerah Puskas

Giorgian De Arrascaeta (Uruguay) – Ceara SC vs CR Flamengo (Brasileirao – Brazil, 25 Ogos 2019)
Son Heung Min (Korea Selatan) – Tottenham Hotspur vs Burnley (Liga Perdana Inggeris – 7 Disember 2019)
Luis Suarez (Uruguay) – Barcelona vs Mallorca (La Liga – Sepanyol, 7 Disember 2019)

Baca yang lain