[VIDEO] Ini Dia Botol ‘Cheat Sheet’ Gabaski Yang Digunakan Berdepan Penalti Lawan

Botol air mineral penuh dengan nota serupa cheat code ditemui selepas perlawanan akhir Piala AFCON 2021 di antara Senegal dan Mesir. Botol itu adalah milik penjaga gol Gabaski ataupun Mohamed Abou Gabal.

Ternyata Gabaski bukan sahaja bergantung kepada keupayaan teknikal semata mata dalam persiapan berdepan penalti lawan. Kerana dia turut dibantu oleh data dan statistik untuk berbuat demikian.

Sehinggakan dia digelar sebagai pakar dalam berdepan sepakan penalti dalam Piala AFCON 2021 kali ini.

Botol Gabaski

Ada yang suka menggelarkan nota seperti ini sebagai cheat sheet, Ada juga menyebutnya Cheat Code. Merujuk kepada helaian nota yang memaparkan maklumat tambahan yang boleh digunakan penjaga gol untuk berdepan penalti lawan.

Botol yang menunjukkan rekod yang cukup lengkap tentang kecenderungan di mana arah bola akan disepak oleh penendang penalti Senegal.

Penjaga gol Mesir, Gabaski merupakan seorang penjaga gol yang tampil cemerlang dalam aksi final. Meneruskan prestasi cemerlangnya sebaik sahaja menjadi pengganti kepada penjaga gol utama Mesir yang cedera.

Walaupun Mesir tewas menerusi penentuan sepakan penalti, persembahan Gabaski tetap patut dipuji. Dia malah sempat menyelamatkan penalti Sadio Mane pada separuh masa pertama, sebelum menyelamatkan penalti Bouno Sarr dalam penentuan sepakan itu.

Dalam aksi final, Gabaski melakukan 6 saves dan 1 save penalti. Dan kekal tak bolos sepanjang 120 minit perlawanan. Ternyata ianya rekod luar biasa buat penjaga gol sandaran ataupun gantian.

Selepas tamat perlawanan, botol yang mengandungi catatan nota itu ditinggalkan di tepi tiang gol. Ini bukanlah kali pertama Gabaski menggunakan nota ibarat cheat code itu. Sebelum ini dia menggunakan pendekatan sama ketika penentuan penalti menentang Ivory Coast. Di mana dia sempat menyelamatkan penalti Eric Bailly untuk menyingkirkan pasukan The Elephant.

Kemudian dalam aksi separuh akhir menentang Cameroon, Gabaski menyelamatkan 2 penalti pada penentuan sepakan penalti daripada pasukan tuan rumah iaitu penalti Makoudi dan Lea Siliki. Mesir mara ke final kerana kecemerlangan Gabaski.

Ketika itu sudah tular gambar dia memegang botol yang penuh dengan catatan nota. Ternyata nota itu benar benar membantunya. Penjaga gol veteran iaitu Hasam El Hadary dengan pantas menyerahkan botol itu kepadanya sebaik sahaja aksi diheret ke penentuan sepakan penalti.

Paling menarik apabila botol mineral untuk aksi final tertinggal di kawasan gol dan ianya dikongsi di media sosial. Catatan tersebut adalah bercetak seperti mana data opta yang digunakan untuk memaparkan rekod penalti seseorang pemain.

Saksikan di sini:

Ramai yang berharap agar botol itu disimpan di muzim CAF. Itupun kalau konfederasi bola sepak Afrika itu ada muzim dan galeri.

Mesir kalah dalam penetuan sepakan penalti. Dan membolehkan Senegal menjadi juara Afrika buat pertama kali dalam sejarah negara tersebut.

Mesir yang sebelum ini pernah kecundang di tangan Cameroon pada final 2017, sekali lagi meratapi kegagalan.

Sebenarnya, ramai penjaga gol menggunakan metodologi yang sama untuk mencatatkan nota berkaitan penalti lawan mereka. Sebelum ini Tim Krul antara yang menggunakan kaedah yang sama. Di mana Krul meletakkan catatan dan salinan nota pada botol airnya. Cuma tidak bercetak. Ianya bertulis tangan yang sangat kasar.

Tidak lupa juga Jens Lehmann menggunakan kertas dengan catatan dengan tulisan tangan.

Paling ikonik pastinya Ben Foster yang menggunakan ipod satu ketika dahulu dalam aksi final piala liga menentang Spurs. Sehinggakan ada yang menganggap Man United menipu menggunakan kaedah seperti itu.

Baca yang lain