Penjaga gol Perancis kini menjadi subjek kritikan ramai kerana disyaki terlibat dalam skandal mengatur perlawanan ketika berdepan dengan Iran.
Aksi Perancis vs Iran boleh menentukan pasukan mana yang akan layak ke pusingan 16 akhir sebagai juara dan naib juara kumpulan.
Terdapat teori menyatakan bahawa pasukan daripada kumpulan F lebih mahukan kedudukan kedua di peringkat kumpulan kerana juara kumpulan akan bertemu dengan Maghribi di peringkat 16 akhir.
Maghribi adalah juara Futsal Piala Afrika dan juga salah sebuah pasukan terkuat di dunia dalam acara tersebut.
Sementara itu pasukan naib juara kumpulan akan berjumpa Thailand yang ditewaskan oleh Brazil 9-1 dalam kumpulan B.
Perancis kalah 1-4 di tangan Iran pada aksi terakhir itu untuk menempah tempat di peringkat 16 sebagai naib juara dan bertemu Thailand.
Ada pasukan lawan mereka yang membuat aduan rasmi menuduh Perancis seharusnya disingkirkan daripada kejohanan itu serta merta kerana tidak ada integriti.
Aksi separuh masa pertama Perancis dan Iran terikat 0-0. Perancis cuma melakukan 2 percubaan dan 6 daripada Iran.
Jurulatih Libya, Ricardo Iniguez mengecam tiada semangat kesukanan ditunjukkan kedua dua pasukan. Terutama sekali ada satu video menunjukkan pemain Iran hanya melakukan percubaan lemah. Namun seolah olah dielak penjaga gol Perancis.
Peminat di X juga rata rata perasan perkara yang sama dengan menyindir cara penjaga gol Perancis tersebut.
🇫🇷 France GK trying REALLY hard to save that shot 😅😭#FutsalWC pic.twitter.com/kU2tCzbA77
— Ta L. (@talao_) September 22, 2024
Ini adalah video daripada sudut pandangan yang berbeza. Menunjukkan bagaimana penjaga gol kelihatan dengan sengaja menarik kakinya daripada menghalang bola tersebut meluncur masuk ke dalam gawangnya.
En el #FutsalWC a Francia no le interesaba ganarle a Irán para evitar un posible choque con Brasil en cuartos de final
Esto ha hecho el portero francés en uno de los goles iraníes, que han acabado ganando 1-4 pic.twitter.com/K6Xq2mifUX
— Fútbol Insólito (@futbolinsolito) September 22, 2024
Oleh itu kem Libya menghantar aduan rasmi atas tuduhan skandal mengatur perlawanan yang dianggap memalukan dalam sukan. Kedua dua pasukan dituduh berebut untuk kalah.
Iran mendahului 4-0 dalam perlawanan yang sangat membosankan. Dan Perancis mencetak 1 gol balas.
👀 The bracket is set!#FutsalWC
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) September 22, 2024