Video Ini Membuatkan Fans Liverpool Tidak Mahu Harry Wilson Dijual

Bintang muda Liverpool dan Wales yang dalam tempoh pinjaman di Bournemouth sekali lagi membuatkan hati dan sanubari penyokong Liverpool cair.

Ianya gara-gara satu video 10 saat oleh Bournemouth yang memaparkan Wilson dengan bersahaja melakukan sepakan percuma di sesi latihan.

Wilson dilihat melencongkan bola itu dengan sangat cantik dan mempersonakan ibarat melihat tarian Lalisa dalam kumpulan Blackpink.

Lebih menarik, admin twitter Bournemouth, yang dipercayai Solanke telah menulis: Practice Makes Perfect.

Wilson musim ini telah menjadi nadi utama Bournemouth. Selepas gagal mendapatkan impak daripada beberapa pemain yang dibeli, Bournemouth pasti termenung dengan pemain yang dipinjam pula memberikan impak besar.

Oleh itu, saya nasihatkan Bournemouth janganlah terfikir nak memujuk Wilson untuk perpindahan tetap.

Musim ini Harry Wilson telah menjaringkan 4 gol daripada 12 penampilan bersama The Cherries.

Minggu ini Harry Wilson dan rakan-rakannya akan berhadapan dengan pasukan yang baru mendapat semangat baharu iaitu Spurs yang dibimbing Jose Mourinho.

Wilson melakukan debut pasukan senior Liverpool pada Januari 2017 menentang Plymouth Argyle, dalam saingan Piala FA. Ketika itu beliau masuk sebagai pemain gantian.

Harry Wilson menjadi budak wicet termuda melakukan debut untuk pasukan Wales pada usiah 16 tahun. Debut itu dilakukan pada Oktober 2013.

Harry Wilson memahatkan dirinya sebagai pemain utama skuad kebangsaan Wales.

Musim lalu Harry Wilson cemerlang bermain untuk Derby County bimbingan Frank Lampard dan hampir naik pangkat ke EPL.

Antara gol yang korang akan ingati pastinya gol beliau ketika di Old Trafford.

Wilson memang terkenal dengan kepakaran rembatan dari luar kotak penalti dan juga sepakan percuma yang padu.

Jom saksikan Harry Wilson melakukan lencongan cantik di sini:

Cantik bukan. Tahulah ia sekadar latihan. Tetapi kita semua tahu pemain tersebut memang ada kualiti yang baik.

Jadi, apa pandangan korang, adakah korang rasa Harry Wilson patut menjadi sebahagian pasukan Liverpool musim hadapan?

Sebelum ini Klopp sudah menyatakan pendirian bahawa Ryan Kent adalah untuk dijual dan Harry Wilson masih ada peluang dalam pasukan Liverpool. Sebab itu beliau dipinjamkan ke Bournemouth.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.