Video Ini Menunjukkan Wajah Sebenar Ole Gunnar Solskjaer

Walaupun kita seringkali tidak sependapat dalam banyak perkara kerana kita berbeza pandangan dalam menyokong sesuatu pasukan.

Namun ianya bukannya alasan untuk kita menafikan perkara yang baik dilakukan oleh pihak lawan kita dan patut diteladani.

Ole Gunnar Solskjaer memang dikenali dengan perwatakannya yang budiman sejak dari menjadi seorang pemain lagi. Beliau sentiasa disenangi kawan dan lawan.

Malah ada pihak turut menyatakan beliau terlalu baik untuk menjadi pengurus pasukan seperti Manchester United yang memerlukan seorang yang lebih garang dan tegas.

Perkara yang sama pernah dinyatakan oleh Robin van persie beberapa bulan yang lalu yang menganggap Ole Gunnar Solskjaer sebagai seorang insan yang sangat baik dan mudah didekati kerana sentiasa tersenyum.

Erling Braut Haaland antara pemain yang pernah menyatakan sikap kebapaan yang ada pada Ole Gunnar Solskjaer.

Fairplay dan class act dari Ole

Namun pada artikel kali ini saya bukan nak cerita tentang taktikal ataupun pencapaian Ole Gunnar Solskjaer di atas padang bersama dengan pasukannya.

Walaupun beliau baru sahaja menamatkan kemarau kemenangan double Manchester united dalam Derby Manchester selama 10 tahun.

Saya terjumpa satu video yang cukup menimbulkan rasa hormat saya kepada pengurus Manchester United ini sebagai seorang insan.

Saya tahu mungkin ramai dah tengok kot. Saja nak share.

Ketika aksi berhadapan dengan pasukan Everton, Andre Gomes telah dikeluarkan. Pemain itu ketika itu baru kembali daripada kecederaan panjang. Di mana beliau berehat beberapa Bulan selepas pembedahan.

Ketika Andre Gomes sedang bersalaman dengan pasukan kejurulatihan, Ole Gunnar Solskjaer menunggu peluang terbaik untuk menyapa dan memeluk pemain itu.

Dan ketika Andre Gomes mahu duduk, Ole Gunnar Solskjaer telah menepuk belakang pemain itu dan memeluknya.

Beliau memberikan kata-kata semangat dan juga rasa simpati di atas apa yang telah menimpa pemain tersebut. Beliau gembira melihat Andre Gomes kembali semula ke atas padang. Berjaya melawan kecederaan ngeri yang hampir menamatkan kariernya.

Sebagai bekas pemain pastinya Ole Gunnar Solskjaer faham akan perasaan itu.

Kelakuan beliau itu sememangnya satu contoh yang sangat baik diamalkan oleh seorang pengamal bola sepak.

Ia menunjukkan satu sisi bola sepak yang lebih daripada sekadar persaingan di atas padang secara kesukanan dan juga perseteruan. Ia bukan retorik semata mata apabila kita berkata football is more than just a game.

Nilai kemanusiaan itu tetap terpelihara dan terjaga sesama mereka yang terlibat. Ianya mencerminkan tentang komuniti bola sepak secara keseluruhannya.

Ini yang menjadikan sukan ini sangat indah untuk dinikmati sesiapa sahaja tidak kira apa sahaja peringkat umur.

Korang boleh saksikan video detik itu di sini.

Fairplay buat Ole Gunnar Solskjaer. Detik pasti akan diingati oleh Andre Gomes buat selama-lamanya.

Dan video tersebut adalah cerminan sebenar karakter Ole Gunnar Solskjaer yang selalu dipuji orang yang terdekat dengannya sahaja sebelum ini.