VIDEO: Ini Rembatan Berkelajuan 111kmj Lukaku Yang Mencederakan Tangan Meret

Napoli nampaknya akan berkunjung ke Lazio tanpa penjaga gol utama mereka iaitu Alex Meret.

Ini pastinya bukan perkembangan yang digemari oleh penyokong mereka dan juga Gennaro Gatusso.

Alex Meret dilaporkan masih cedera di pegelangan tangannya. Kecederaan itu berlaku minggu lalu, dalam aksi Napoli berhadapan dengan Inter Milan.

Kecederaan itu dilaporkan berpunca daripada Meret yang cuba menghalang percubaan penyerang sensasi Inter Milan iaitu Rome Lukaku.

Namun rembatan itu terlalu deras dan menyebabka tangan penjaga gol Napoli itu tercedera. Punyalah kuat rembatan Big Rom tu wei.

Dilaporkan rembatan untuk gol pertama oleh penyerang antarabangsa Belgium, Romelu Lukaku pada malam itu berkelajuan 111 kilometer sejam.

Laju tu, dan sekitar dengan had laju di highway Malaysia dah tu. Berdesup!

Nah korang tengok kat sini, on the run shot oleh Lukaku ketika aksi tersebut.

https://twitter.com/i/status/1214286978079973376

Meret meneruskan aksinya dalam perlawanan tersebut. Namun selepas itu beliau tidak dapat mengikuti sesi latihan.

Pengurus Napoli, Gennaro Gatusso telah memutuskan agar pemain itu diberikan rehat untuk dikecualikan daripada aksi minggu ini.

Inter Milan memang 3-1 ke atas Napoli di San Paolo. 2 gol oleh Lukaku dan satu lagi menerusi Lautaro Martinez.

Gol saguhati Napoli adalah menerusi Arkadiusz Milik.

Inter kini berada di tangga teratas liga dengan perbezaan jaringan lebih baik daripada Juve.

Napoli terus bergelut dengan prestasi mereka musim ini walaupun sudah memecat Carlo Ancelotti.

Napoli kini di kedudukan tangga ke โ€“ 8 dalam carta liga. Aksi berhadapan dengan Lazio minggu ini sangat penting untuk Gatusso memperbaiki prestasi pasukannya.

Lazio pasukan yang sedang dalam prestasi yang baik dengan berada di tangga ketiga dalam carta liga.

Semoga cepat sembuh kepada Alex Meret.

Big Rom dan Lautaro memang menarik gandingan mereka pada musim ini. Inter Milan benar-benar berjaya mendapatkan yang terbaik daripada gandingan mereka.

Lukaku telah mendapatkan semula prestasi terbaiknya di Inter selepas musim lalu yang agak tidak konsisten.

Memang lama Conte dah berkenan dengan Lukaku ni. Tetapi dia mendedahkan dia terkejut ketika di Chelsea, orang bagi dia Morata pula.

Lukaku terlepas kepada musuh mereka Manchester United.

Kredit kepada Antonio Conte yang jelas sekali berjaya mengadun pasukan ini dengan sebaiknya.

Inter Milan bermain dengan sistem back 3 di bawah Conte. Mereka bermain dengan corak permainan bertenaga dan berdisplin.

Inter kini dikaitkan dengan beberapa pemain termasuk Olivier Giroud dan juga kapten Manchester United, Ashley Young.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai