Bruno Fernandes telah memberi respons kepada sorakan ejekan oleh penyokong Manchester United ke atas pemain pemain mereka sendiri.
Bertempat di Stadium Amex, para penyokong Red Devils bersorak ironis: “Kamu tak tak layak memakai jersi itu”
Sebelum itu para penyokong turut melakukan protes anti Glazer yang meminta pemilik kelab itu berambus serta merta.
Manchester United dimusnahkan secara total dengan skor 4-0 oleh Brighton pada petang Sabtu dan keputusan itu bermakna mereka secara matematik tidak dapat melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan.
The Red Devils telah mengalami prestasi yang kritikal secara keseluruhannya sepanjang musim dan krisis perestasi telah mencapai titik didih dalam hati peminat.
“Kamu tak laya memakai jersi itu” bergema dari Stadium AMEX di seksyen penyokon tempat lawan apabila Leandro Trossard mencatatkan gol nombor empat dan Fernandes telah disoal oleh wartawan mengenainya pada sepenuh masa.
Ketika ditanya sama ada beliau mendengar sorakan tersebut, pemain antarabangsa Portugal itu memberitahu Sky Sports dia mendengarnya dan menerimanya sebagai kritikan yang adil dan berasas.
Bruno Fernandes berkata: “Saya menyertakan diri saya dalam perkara itu. Apa yang kami lakukan hari ini, apa yang saya lakukan hari ini, tidak mencukupi untuk menyarung jersi Manchester United dan saya menerimanya.”
🗣️ "What I did today was not enough to be in a Manchester United shirt and I accept that."
Bruno Fernandes responds to the fans chanting during the game. pic.twitter.com/MenW92De7b
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) May 7, 2022
Para penyokong Man United turut bersorak nama “Kami mahu Ten Hag”. Ianya dibalas penyokong Brighton, kami mahu ‘Ten’ merujuk kepada jaringan gol. Mereka mahukan 10 gol.
Man Utd fans: we want ten Hag
Brighton fans: we want ten
— John Bennett (@JohnBennettBBC) May 7, 2022
Fernandes menandatangani kontrak baharu bulan lalu untuk mendapat gaji lumayan sehingga £250,000 seminggu dan salah seorang pemain dengan pendapatan tertinggi United.
Pemain berusia 27 tahun itu mengharungi musim yang buruk dengan standard tinggi yang dia tetapkan sendiri selaku pemain tengah pada musim lalu.
Fernandes menunjukkan kepimpinanannya dengan mengambil tanggungjawab bersama dalam tempoh pasukannya bermain dengan teruk musim ini.
Dalam aksi semalam, Moises Caicedo membuka jaringan dengan drive shot jarak jauh yang melepasi kaki Victor Lindelof dan melepasi David de Gea di jaring United.
Bintang muda Ecuador itu dikaitkan dengan perpindahan ke United pada 2020 dan dia sebelum ini berkata dia suka bermain untuk Man United pada masa itu.
Pasukan bimbingan Graham Potter mengawal separuh masa pertama dan boleh menggandakan kelebihan menerusi Danny Welbeck, yang melakukan percubaannya tersasar selepas kesilapan Raphael Varane.
Man United fans have been through it this season 😳
Brighton 4-0 Man United
Man United 0-5 Liverpool
Liverpool 4-0 Man United
Watford 4-1 Man United
Man City 4-1 Man United
Leicester 4-2 Man United pic.twitter.com/Ek0Xw3yJcR— ESPN FC (@ESPNFC) May 7, 2022
Pengurus sementara United, Ralf Rangnick cuba mengubahnya pada separuh masa pertama dengan membawa Fred dan Edinson Cavani untuk Nemanja Matic dan Anthony Elanga.
Brighton kemudian bertindak balas dengan menjaringkan tiga gol dalam masa 11 minit ketika Marc Cucurella meledak gol pertamanya untuk kelab itu. Dia meraikannya gol itu dengan linangan air mata kegembiraan.
Pascal Gross kemudian menunjukkan ketenangannya di kawasan penalti United untuk menyentuh gol ketiga sebelum Trossard mengumpul gol keempat.
United gagal melakukan sebarang percubaan tepat separuh masa pertama. Mereka sempat menggegar jaring menerusi penyerang Veteran Uruguay, iaitu Edinson Cavani pada separuh masa kedua. Sayangya gol dibatalkan kerana ofsaid.
Kekalahan 4-0 ini sangat sukar diterima para penyokong United yang tidak menyangka kualiti pasukan yang mereka ada masih gagal menamatkan musim ini dengan sebarang trofi ataupun berada di 4 teratas untuk slot ke UCL musim hadapan.
Erik Ten Hag pastinya mengikuti lebih rapat perkembangan pemain pemain di United dalam baki perlawanan mereka.
Sebelum ini, Ralf Rangnick menyatakan bahawa, United gagal ke UCL kerana kedegilan barisan lembaga Pengarah kelab yang enggan memberikan dana membeli salah seorang penyerang yang berada dalam sasarannya, ini termasuk Luis Diaz serta Dusan Vlahovic.