[VIDEO] Ini Save World Class Dari Ramsdale Yang Dipuji Melangit Schmeichel

Penjaga gol legenda Man United, Peter Schmeichel tidak dapat menyembunyikan kekagumannya ke atas save kelas dunia yang dilakukan oleh penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale dalam aksi berdepan Leicester.

Di mana anak lelaki, Peter Schmeichel iaitu Kasper Schmeichel beraksi untuk pasukan Leicester.

Ramsdale sudah tentunya menjadi sebab utama Arsenal menang dalam aksi di King Power Stadium. Beliau cemerlang menafikan beberapa ancaman bahaya daripada lawan.

Arsenal mendahului 2 gol awal menerusi Gabriel and Emile Smith Rowe.

Leicester kemudian berpeluang merapatkan kedudukan menerusi sepakan percuma oleh James Maddison. Namun begitu, Ramsdale melakukan save terbang yang luar biasa.

Jika tidak kerana kecemerlangan Ramsdale, nasib Arsenal mungkin berbeza, malah mungkin kalah dalam perlawanan ini selepas mendahului 2 gol.

Ramsdale menerbangkan badannya ke sebelah kiri dengan tangannya sangat kuat mencapai sepakan percuma yang jelas sekali sangat baik dan menuju ke sasaran.

Cara Ramsdale mengapungkan badannya di udara dengan tangannya terbuka seperti itu benar benar luar biasa. Sukar untuk menjelaskan.

Ramsdale menepis bola yang melantun di atas padang. Partey kemudian membantu beliau mengeluarkan bola dari atas garisan gol.

Hanya penjaga gol yang lebih faham. Maka Peter Schmeichel tampil dengan puji pujian ke atas Ramsdale.

Menerusi tweet beliau, legenda Denmark dan Man United itu berkata: “Save terbaik yang saya saksikan dalam beberapa tahun ini daripada Ramsdale.”

Ramsdale terus kebal bertahan pada separuh masa kedua. Menafikan beberapa lagi percubaan daripada Barnes dan rakan rakannya.

Arsenal menang 2-0 selepas Leicester buntu untuk mendapatkan gol berdepan dengan Ramsdale.

Aaron Ramsdale menyertai Arsenal musim ini dengan yuran perpindahan GBP30 juta. Di mana awalnya, ramai yang meragui harga tersebut yang dibayar oleh Arsenal untuk Ramsdale.

Ramsdale kini sudah menjadi penjaga gol nombor satu di Arsenal. Dan misi beliau seterusnya adalah untuk menjadi penjaga gol no.1 Three Lions dalam kempen Piala Dunia akan datang.

Hasrat itu diluahkan beliau pada baru baru ini. Penyokong Leicester memberikan layanan yang agak panas buat Ramsdale dengan bersorak: “Kamu tak akan pernah menjadi penjaga gol England.”

Penyokong Arsenal kemudian membalas: “Ramsdale akan menjadi England no.1”

Saksikan aksi saves Ramsdale yang mendapat pujian daripada Schmeichel Sr dan peminat peminat bola sepak seluruh dunia.