[VIDEO] Insiden Kad Merah Kontroversi Luiz, Arteta Anggap Pemain Lawan Tersandung Sendiri

David Luiz dibuang padang dan memberikan lawan sepakan penalti dalam aksi berdepan dengan Wolves semalam.

Lebih memburukkan keadaan Arsenal kalah daripada kedudukan mereka mendahului.

Mikel Arteta mengesahkan Arsenal akan mempertimbangkan untuk membuat rayuan terhadap kad merah David Luiz.

Luiz diusir keluar padang untuk ketiga kalinya sejak menyertai Arsenal. Ini selepas pengadil merasakan Luiz telah melakukan cabaran sebagai orang terakhir pada babak pertama ke atas Willian Jose.

Pengadil Craig Pawson terus memberikan kad merah kepadanya. Kontak daripada Luiz minimum, tetapi keputusan oleh VAR yang dikendalikan Jon Moss membuatkan Luiz diadili sebagai melakukan kesalahan kad merah.

Selepas Luiz dibuang padang, Ruben Neves menyempurnakan penalti tersebut pada masa kecederaan separuh masa pertama. Memadamkan gol pendahuluan Pepe.

Gol cantik Joao Moutinho pada babak kedua membolehkan Wolves menang 2-1 ke atas The Gunners, yang menamatkan perlawana dengan sembilan orang pemain setelah penjaga gol Bernd Leno yang menyentuh bola dengan tangannya di luar kotak penalti.

Kekalahan itu mengakhiri rekod tanpa kalah tujuh perlawanan Arsenal dalam Liga Perdana. Lalu Arteta mengesahkan The Gunners akan mempertimbangkan untuk mencabar keputusan kad merah Luiz.

“Saya telah melihat ulangan 10 kali dari lima sudut yang berbeza, dan saya tidak dapat melihat sebarang kontak. Saya ingin melihat apakah VAR mempunyai sudut yang berbeza.”

“Saya tidak mahu berfikir bahawa [keputusan itu dibuat atas reputasi David Luiz]. Saya yakin mereka membuat keputusan berdasarkan melihat sesuatu. Saya menjangkakan akan melihat sesuatu tetapi tidak melihat apa-apa.”

“Sudah tentu ia mengubah permainan – bermain selama 45 minit dengan 10 pemain di Liga Perdana, tanpa pertahanan tengah anda, tentu saja ia mengubah permainan.”

“Itu keputusan yang besar. Sekiranya para pegawai membuat keputusan betul, maka saya akan mengangkat tangan dan meminta maaf. Tetapi saya tidak melihat sebarang kontak dan itu sangat mengecewakan kerana itu adalah momen yang besar dalam permainan.”

Paul Merson menyifatkan pengadil sudah tak sabar untuk melayangkan kad merah kepada Luiz sebaik sahaja melihat lawan terjatuh dalam kotak penalti.

Arteta kemudian menyatakan sukar untuk mereka menang. Dan mengakui kad merah Leno adalah tepat.

“Cara kita kalah dalam perlawanan benar-benar menyakitkan, itu menyakitkan, tetapi saya harus mengambil positif.”

“Kami tidak memanfaatkan peluang tetapi Moutinho menjaringkan ‘worldie’ dan itu 2-1. Bernd keluar dan menolak bola dengan tangannya, ia adalah kad merah yang jelas dan kami mempunyai sembilan pemain dan hampir mustahil untuk menang. ”

David Luiz memberikan respon kepada insiden itu menerusi media sosialnya.

 

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan