[VIDEO] Internet Troller Ini Cabar Petarung UFC, Akhirnya Dia Tap Out Tak Sampai Seminit

Seorang kaki troll tegar di internet telah mencabar seorang petarung UFC. Dan cabaran itu disahut oleh Kevin Holland.

Troller tersebut sangat try hard mengutuk dan mengecam Holland dan memperlekehkan kemampuan petarung UFC itu lalu menyatakan bahawa dia lebih bagus daripada Holland.

Tidak hanya di ruangan komen, troller yang bernama Jayden Draper itu telah menghantar mesej di instagram Kevin Holland.

Menurut wartawan terkemuka MMA, Ariel Helwani, Jayden telah dijemput secara profesional oleh Kevin Holland. Kos pengangkutan dan penginapannya ditanggung.

Ini adalah tangkap layar mesej daripada Jayden kepada Kevin Holland: “Apa yang aku boleh cakap, walaupun kau ada tali pinggang hitam, tapi aku dengan positif sekali yakin akan dapat ‘submit’ [menewaskan dengan submission], kau cuba lah, kalau tak percaya.”

Dia berterusan menghantar mesej: “Jangan nak betulkan aku, pus**ss”

Lalu akhirnya Kevin Holland bertemu dengan Jayden di ring. Malangnya hanya dalam beberapa minit dia terkena submission mudah daripada Holland dan tap out.

Sebenarnya Holland boleh je melakukan submission lebih awal, tetapi memberikan peluang kepadanya untuk bangkit dan mencuba kali kedua.

Jauh sekali dia nak KO-kan si Holland seperti yang dia cakap.

Walaupun ada yang menganggap Holland agak kebudak budakkan melayan troller di internet ke tahap sebegitu. Namun ramai juga yang menganggap tindakan Holland ini bagus untuk mengajar jenis lapar perhatian dan pembuli siber di media sosial.

Kerana kadangkala mereka menyerang atlet ini sampai ke tahap yang melampau dan bersifat peribadi.

Dilaporkan dia tap out dalam masa kurang seminit daripada pertarungan. Masih belum berpeluh si Holland tu.

Holland kemudian menyatakan bahawa:”vs macamana jadinya….. 1 troll dah tumbang, lepas ni banyak lagi akan tumbang! Memanggil mulut celupar!”

Jayden kemudian menyatakan bahawa dia menganggap pertarungan itu satu pengalaman.

Holland sedang dalam rangka persediaan untuk kembali ke oktagon dalam bahagian welterweight apabila dia menentang Alex Oliveira di UFC 272. Dia pada asalnya dijadualkan untuk bertarung semula dengan Kyle Daukaus di UFC Vegas 42 selepas pertarungan pertama mereka berakhir dengan tanpa pertandingan [no contest], tetapi dia terpaksa menarik diri akibat kecederaan.

UFC 272 berlangsung pada 5 Mac di T-Mobile Arena di Las Vegas dan diketuai oleh perlawanan dendam antara bekas sahabat yang kini bermusuh iaitu Jorge Masvidal dan Colby Covington.

BACA JUGA: Pencuri Cuak Menyedari Kereta Dicurinya Milik Petarung UFC

Petarung UFC welterweight, Jordan Williams telah berkongsi video di mana keretanya hampir dilarikan oleh pencuri.

Williams sempat mengeluarkan jurus MMA dengan menumbuk dan menarik pencuri tersebut.

Jordan Williams merupakan petarung MMA yang baru sahaja mendapat kontrak dengan UFC pada September tahun lalu dan sudah beraksi dalam dua pertarungan menentang Nassourdine Imavov dan Mickey Gall.

Dalam satu kejadian pada 12 Ogos lalu, Williams berdepan dengan detik cemas di mana kereta mewahnya hampir dirembat oleh pencuri.

Kejadian itu berlaku di sebuah stesen minyak di Denver, di mana Williams berhenti untuk membeli minuman.

Ketika dia memasuki premis kedai runcit di situ, seorang lelaki masuk ke dalam keretanya.

Melihat keretanya sedang mengundur, Williams segera berlari dan membuka pintu. Pencuri yang menyedari bahawa dia sebenarnya baru sahaja cuba mencuri kereta petarung UFC.

Dia mulai panik dan tak keruan. Williams terus menarik pintu dan memberikan tumbukan ke arah pencuri dan menariknya keluar.

Pencuri kereta itu yang ketakutan terus melarikan diri, tak cukup tanah dia berlari seperti ternampak hantu.

Bercakap kepada peminatnya, Williams menyatakan bahawa keretanya dihidupkan dengan butang push to start di mana ianya akan hidup kalau kunci berada kira kira 5 kaki daripada kereta.

Williams bersyukur kerana keretanya tidak dilarikan dan berada dalam kedaan baik baik sahaja.

Bercakap kepada ESPN, Williams menyatakan dia agak ‘loading’ melihat ada orang dalam keretanya. Sambil berfikir, dia buat apa kat situ. Dan pada masa yang sama dia terfikir mungkin ada orang yang sama kereta dengannya.

“Kemudian saya seperti, ahhh sh*t ada orang dalam kereta saya.”

“Lalu saya berlari meluru ke kereta. Jika kunci saya tidak berada kurang 5 kaki, dia tak boleh pandu kereta itu. Ketika saya berlari ke arahnya, kereta itu perlahan lahan mengundur.”

“Dan saya lihat wajah pencuri ini dari luar tingkap, seperti dia berkata, ‘yeaa saya dapat kereta kamu.”

Williams mendedahkan dia sempat melepaskan penumbuk ke arah pencuri yang kemudian terus segera meminta maaf kerana menyedari dia baru cuba mencuri kereta petarung UFC.

Williams juga menyatakan bahawa, dia juga sempat menyerang pencuri itu dengan lututnya sebelum pencuri itu melarikan diri.

Williams berkongsi gambar di Instagramnya mengingatkan pencuri itu bahawa dia tertinggal topi besbolnya di dalam keretanya.

Williams mengakui dia juga ada cuainya kerana meninggalkan kereta tanpa menguncinya terlebih dahulu. Dan dia berkata: “Saya belajar sesuatu daripada peristiwa ini. Namun saya benar benar berharap dapat mengajar pencuri tu satu dua pengajaran.”

Baca yang lain

Tuchel Rindukan EPL

Thomas Tuchel bakal meninggalkan Bayern Munich akhir musim ini. Dan beliau kini merancang untuk kembali semula ke kancah liga Inggeris. Bayern Munich