Jamie Vardy menjadi penjaring gol tunggal dalam aksi antara Leicester dan Bristol semalam.
Dan dia meraikan gol itu dengan berlari ke sepanjang padang menuju kira kira 3,300 penyokong Bristol.
Apa yang menggembirakan peminat Leicester di Stadium King Power ialah sambutan Vardy.
Bekas pemain antarabangsa England itu telah disambut dengan nyanyian mengejek tentang isterinya sepanjang perlawanan daripada penyokong pasukan pelawat.
Penyokong Bristol bersorak:
Terdapat terjemahan “Jamie Vardy, isteri awak adalah grass [rumput]”, merujuk kepada kes mahkamah berprofil tinggi Rebekah Vardy dengan Coleen Rooney.
‘Grass’ dalam bahasa slang di UK merujuk kepada mulut tempayan atau tidak boleh menyimpan rahsia. Coleen Rooney menyatakan bahawa isteri Vardy telah menjadi talam dua muka dan menjaja cerita peribadinya kepada media.
Your wife is a grass, telah menjadi siulan banyak penyokong lawan selama ini ditujukan kepada Vardy. Sebelum ini penyokong Man United dan Chelsea pernah melakukan sorakan ejekan itu.
Vardy kemudian membalas ejekan itu dengan meraikan gol penaltinya di hadapan penyokong Bristol sambil menunjukkan nama di belakangnya, tanda menyuruh peminat Bristol menghormati nama keluarga Vardy!
Saksikan di sini:
Jamie Vardy running the full length of the pitch to celebrate in front of the 3,300 Bristol City fans today😂👏 pic.twitter.com/HLzqPXahcl
— Football Away Days (@AwayDays_) September 23, 2023
Elite penalty, ELITE celebration from the 🐐
“Jamie Vardy, your wife is a grass”. When will they learn, you come at the king, you’d better not miss. #lcfc pic.twitter.com/RTwHL1gkfg
— Jamie Thorpe (@thorpie54) September 23, 2023
Leicester menang 1-0 ke atas Bristol. Menjadikan ianya kemenangan ketujuh daripada 8 perlawanan setakat ini. Dengan 1 keputusan seri dicatatkan. Leicester kini menjadi pendahulu Liga Kejuaraan.