Getafe mengejutkan Atletico dengan gol pendahuluan sebelum separuh masa pertama berakhir dalam aksi La Liga pada malam Selasa.
Ianya selepas penjaga gol Atletico melakukan kesilapan dan membolehkan Mitrovic menjaringkan gol. Jarang sebenarnya Oblak ni nak buat silap. Tapi itulah bola sepak.
Getafe selaku pasukan tuan rumah masih belum meraih walau sebarang mata pada musim ini. Dan mereka memutuskan untuk cuba mempertahankan gol pendahuluan itu.
Mereka mungkin memikirkan boleh menang ataupun setidak tidaknya seri dan menghampakan Atletico.
Seperti biasa, berlakulah drama melengahkan perlawanan di atas padang. Dan yang paling teruk adalah Jaime Mata. Di mana dia merangkak masuk dari luar padang masuk ke dalam padang di bahagian bendera sudut dan menjerit kesakitan.
Sebelum ini Getafe sudah dikurangkan seorang pemain selepas Carles Alena dibuang padang kerana kekasaran ke atas Matheus Cunha pada minit ke-74.
Dan tugasan mereka pastinya menjadi sangat sukar untuk bertahan seberapa kuat yang boleh dan bermain senegatif mana yang boleh dalam perlawanan ini.
Maka berlakulah darama melibatkan pemain pertahanan Jaime Mata yang cuba melengahkan perlawanan dengan cara yang dianggap paling tidak ada semangat kesukanan.
Mata tidak berpuas hati tidak diberikan sepakan percuba kerana mendakwa dia dikasari dan menggunakan taktik kotor untuk menghentikan perlawanan.
Agak ironi kerana pemain itu menggunakan taktik itu ketika di hadapan Luis Suarez yang juga merupakan salah seorang pemain yang suka melakukan kontroversi di atas padang.
Suarez tidak berpuas hati dnegan taktik kotor Jaime Mata itu dan membantahnya dekat pengadil.
Selain itu peminat juga menyatakan bahawa, ianya agak kelakar kerana kali ini Atletico pula tak puas hati orang gunakan taktik seperti itu untuk melengahkan perlawanan kerana sebelum ini pasukan Diego Simeone kerap menggunakan perang saraf ke atas lawan mereka dengan taktik serupa untuk melengahkan perlawanan dalam perlawanan besar.
Jaime Mata berjaya meraih simpati pengadil. Saksikan di sini detik yang paling gila dalam perlawanan ini.
— Football Shithousery (@FootyRustling) September 22, 2021
Agak malang kerana tidak lama selepas itu Getafe bolos apabola Luis Suarez menyamakan kedudukan pada minit ke-78. Dan pada masa kecederaan 90+1′ bekas penyerang Liverpool dan Barcelona itu menjaringkan gol kemenangan.
Maka Suarez akhirnya tersenyum pada wisel penamat, bukannya Jaime Mata.
Pellegrini: Laliga adalah pertandingan yang penuh dengan helah melengahkan perlawanan
Beberapa minggu lalu, Bekas pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini memberikan komen pedas kepada La Liga, liga yang sekarang ini beliau sendiri sertai sebagai pengurus Real Betis.
Di mana pengurus asal Chile itu melabel La Liga sebagai liga paling lembab dari kalangan liga liga utama Eropah yang lain.
Kritikan Pellegrini itu disuarakannya selepas pasukannya Real Betis terikat dengan Cadiz 1-1.
Memberikan komen tentang keputusan seri itu, Pellegrini berkata: “Kita kekurangan beberapa aspek penting. Ini yang membuatkan kita gagal mencetak sebarang gol. Kita sudah bercakap tentangnya. Cadiz adalah pasukan yang hanya bertahan dan jika kami membenarkan mereka mendahului, maka cabaran kami akan menjadi sangat besar.”
“Kami cuba mencari cara lain namun kami tak jumpa sebarang ruang untuk gol kedua.”
Seterusnya, Pellegrini menganggap pasukan seperti Cadiz telah memberikan imej buruk kepada La Liga. Dengan terlalu banyak melengahkan masa perlawanan untuk membuang masa tersebut.
“Pengadil pengadil liga kita harus melakukan lebih usaha lagi, termasuk staf teknikal serta para pemain di atas padang, maka dengan itu, kita tak akan malu dengan liga kita.”
“La Liga merupakan pertandingan yang dimainkan dengan sangat lengah sekali di Eropah.”
“Pemain akan mengambil masa selepas foul, perlawanan kerap dihentikan dan banyak aksi simulasi, ianya memalukan.”
“Perkara perkara seperti ini yang kita harus berikan perhatian.”
“Sama ada kita prihatin atau tidak, perkara perkara seperti ini akan menjejaskan aksi bola sepak kita, sebab orang datang ke stadium membayar tiket untuk menyaksikan sesuatu aksi. Namun kita tak berikan apa yang mereka mahu lihat.”
Strong words from Real Betis manager Manuel Pellegrini on the current state of La Liga… 👀 pic.twitter.com/pPgN2FU0Lb
— Don Robbie (@ItsDonRobbie) August 21, 2021
“Ini adalah liga yang paling sedikit aksi bola sepak sebenar.”
“Misalnya Cadiz, mereka hanya bertahan selepas mendahului. Ianya sangat sukar kerana mereka seringkali menghentikan perlawanan dengan pemain terbaring atas padang. 15 minit terakhir itu, memang tidak ada aksi bola sepak.”
“Tanpa ragu, kami terlepas peluang gol kami. Cadiz sangat pandai cara bermain seperti itu dan melakukannya dengan berkesan sekali.”