[VIDEO] Jambatan Gantung Di Mexico Runtuh Ketika Dirasmikan Datuk Bandar

Rakyat Mexico hanya mampu berpuas hati melihat Datuk Bandar Cuernavaca terlibat dalam insiden jambatan roboh yang baru siap.

Mereka berkata, orang yang selayaknya merasai perkara itu adalah orang yang membuat jambatan yang ternyata tidak kukuh dan menggunakan bahan murah dan tak selamat.

Datuk Bandar Cuernavaca, Mayor José Luis Urióstegui datang merasmikan jambatan gantung tersebut. Sambil berjalan di atasnya. Dia dan 20 orang lagi termasuk pegawai kanannya, kesemuanya menanggung malu apabila jambatan itu runtuh.

Menurut laporan media tempatan seramai 8 orang cedera dalam insiden itu, namun tidak ada kecederaan serius direkodkan.

Video tersebut menjadi tular di media sosial.

Sebelum jambatan itu runtuk kelihatan ada seorang abang berbaju hitam telah melompat lompat mengenjut jambatan tersebut dengan rasa sangat teruja.

Oleh kerana mereka lalu di situ dalam kapasiti yang ramai, maka berlakukan insiden yang tak diingini itu.

Namun insiden itu rata rata mengundang rasa kelakar daripada netizen.

Manu Lafuente berkata: “Hahaha, hanya di Mexico. Mereka ni suka buat apa sahaja benda kemudian terkejut dengan hasilnya. Rasanya semua orang [yang buat jambatan tu] ada ijazah masing masing.”

Ada juga yang menganggap bahawa anggap sahaja itu adalah ujian beban yang sebenar untuk projek tersebut, boleh buat dalam laporan. Mujur tiada kecederaan serius berlaku.

Seterusnya Datuk Bandar tersebut dikatakan sudah sedia untuk menyiasat siapakah kontraktor yang mendapat tender tersebut.

Ehh buat buat tak tau pulak ye.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.