Video: James Rodriguez Buat Dua Gol Dengan Antisipasi Yang Sama

Everton meneruskan kemenangan mereka musim ini dengan 4 kemenangan daripada 4 perlawanan pembukaan.

Ini adalah rekod luar biasa untuk Everton.

Namun tumpuan kali ini terarah kepada James Rodriguez sekali lagi. Pemain yang terus memberikan impak dalam permulaan kehidupannya di Everton dan England.

Everton mendahului menerusi seorang lagi pemain yang on form iaitu Calvert Lewin.

Namun selepas itu perlawanan ini adalah tentang James.

Dalam aksi berdepan dengan Brighton, James melakukan 2 gol dan satu assist. Menjadikan beliau pemain paling berimpak tinggi dalam perlawanan ini.

James berjaya merekodkan statistik luar biasa dalam perlawanan ini.

94% hantaran tepat dengan 72 kali sentuhan. Beliau turut memenangi 5 sepakan percuma dan 5 pemulihan daripada ancaman.

Selain daripada itu, James terus menjadi pusat kreativiti Everton dengan 2 peluang dicipta, serta 1 assist.

Dari segi ketajaman, pemain antarabangsa Colombia ini melakukan 4 percubaan ke arah gol. Merekodkan 2 gol

Paling menarik James melakukan kedua dua gol beliau dengan antisipasi / agakan yang sama. Beliau berada di zon yang sama pada masa yang tepat.

Naluri ini sukar untuk dijelaskan kerana James ibarat ada premonition bahawa bola akan tiba di situ.

GOL PERTAMA

Gol pertama James berpunca daripada counterpressing. James menguis bola kepada rakannya dan dia berlari ke far post.

James menerima bola di far post dan menolaknya mudah.

ASSIST

Selepas itu James mencipta assist untuk rakan senegaranya, Yerry Mina yang menanduk masuk hantaran beliau.

Connection itu mengingatkan kita kepada aksi mereka berdua ketika di Piala Dunia sebelum ini.

Itu juga pertama kalinya dalam sejarah EPL, gol yang dicipta sepenuhnya pemain dari Colombia.

GOL KEDUA JAMES PUN DI TEMPAT DENGAN CARA YANG SAMA

James menjaringkan gol kedua peribadinya dan keempat untuk Everton dalam perlawanan ini dengan berlari ke zon yang sama dan sekali lagi menerima bola di far post.

Ianya juga kerana kegagalan pemain Brighton menghentikan cross dan James tak dikawal.

 

Dengan itu, James Rodriguez sudah terlibat secara terus dalam 5 gol Everton dalam 5 perlawanan – dalam semua pertandingan musim ini.

Ianya sudah cukup untuk mengatasi statistiknya di Real Madrid musim lalu.

Ini juga kali pertama James menjaringkan 2+ gol assist dalam satu perlawanan sejak Mac 2019 ketika menjaringkan hatrik bersama Bayern.

Kemenangan ini menyaksikan Everton kekalkan rekod sempurna dalam semua pertandingan. 7 kemenangan dari 7 dalam semua kompetisi.

4 kemenangan dariapada 4 dalam EPL.

Ini adalah kali pertama Everton menang kesemua 7 perlawanan pembukaan dalam semua pertandingan sejak 1987 dan yang pertama kalinya – 1894/95.

Perlawanan ini berakhir dengan kemenangan 4-2 Everton. Dua gol saguhati lawan dijaringkan Maupay dan roket daripada Bissouma.

Baca yang lain

United Sedia Jual Greenwood

Manchester United masih belum pasti tentang kedudukan Mason Greenwood dalam pasukan itu pada musim hadapan. Sebelum ini Sir Jim Ratcliffe tidak menolak