Video: Jaringan Kejuaraan Lewandowski – Chest Control Dan Shot Yang Merecik

Robert Lewandowski memberikan gol kejuaraan liga untuk Bayern Munich bagi musim 2019/20.

Dan ianya dilakukan dengan setenang dan sekemas yang mungkin.

Lewandowski menewaskan perangkap ofsaid pada minit ke-43. Beliau kemudian mengawal bola dengan dada.

Lewandowski melakukan kawalan dengan menolak bola ke satu zon untuk mencipta ruang.

Ketika mendapat ruang yang beliau inginkan, Lewandowski melakukan percubaan tepat dan terus menerjah gawang.

Jaringan tersebut sangat tenang dilakukan oleh salah seorang no.9 terbaik di Eropah sepanjang zaman dan yang terbaik pada musim ini berdasarkan rekod gol.

Bayern Munich memperoleh satu lagi gelaran Bundesliga, menjadikannya sebagai gelaran kelapan berturut-turut. Lewandowski sudah menjaringkan 31 gol Bundesliga musim ini. Yang terbaik pernah dicatatkan oleh beliau.

Membuatkan monopoli Bayern dalam saingan Bundesliga terus tak dapat dihalang.

Beberapa hari lalu, jaringan minit akhir oleh Erling Haaland menangguhkan seketika pengesahan kejuaraan Bayern.

Laporan perlawanan

Dalam hujan lebat di Bremen, pendahulu liga mendominasi pada babak pertama tanpa terlalu banyak peluang yang terbaik pada babak pertama.

Namun, dengan hanya tinggal dua minit sebelum rehat, Robert Lewandowski menewaskan perangkap ofside untuk menjaringkan gol liga ke-31 beliau musim ini dan meletakkan pasukan pelawat di depan pada separuh masa.

Ini juga merupakan gol ke-45 beliau pada musim ini.

Lewandowski menyangka dia baru sahaja berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 untuk Bayern pada minit pertama babak kedua tetapi kali ini dia ofsaid.

Pelawat terus menguasai perlawanan tetapi sukar bagi mereka untuk mencipta lebih banyak peluang, dan beberapa kali diancam oleh Werder – pasukan yang diancam dengan penyingkiran.

Keadaan lebih teruk untuk Bayern apabila Alphonso Davies dibuang padang pada minit ke-79.

Pada masa kecederaan Manuel Neuer melakukan penyelamatan cemerlang untuk menafikan percubaan veteran Claudio Pizarro, yang berusia 41 tahun.

Bayern mempunyai permulaan yang buruk untuk musim ini, termasuk kekalahan 5-1 kepada Eintracht Frankfurt, yang mengakibatkan Niko Kovac kehilangan jawatannya pada bulan November.

Borussia Dortmund, RB Leipzig dan Borussia Monchengladbach semuanya mengetuai kedudukan lebih awal pada kempen ini, untuk memberi tekanan kepada pasukan Bavaria.

Tetapi keputusan mereka untuk melantik Hans Flick sebagai pengurus jelas membuahkan hasil. Beliau berjaya menaikkan semula keyakinan pasukannya.

Di bawah kendalian pengurus berusia 55 tahun, mereka telah mengubah musim yang mengecewakan menjadi musim dengan gelaran kejuaraan kelapan. Ini adalah rekod.

Liga berehat seketika. Namun Bayern menyambung liga dengan cemerlang termasuk menang dalam Der Klassiker hasil gol magis Joshua Kimmich.

Bayern terus menunjukkan taring mereka dan tak mampu dikejar lagi.

Fokus Bayern selepas ini adalah kejuaraan UCL. Namun adakah korang rasa Bayern akan menang 10 kejuaraan liga berturut turut?

Sebelum ini penjaga gol Arsenal – Bernd Leno – menyatakan beliau sudah bosan melayan Bundesliga kerana Bayern terlalu kuat dan nampak tidak tergugat langsung.

Baca yang lain