[VIDEO] Jaringan Screamer Pogba Ini Dengan Teknik Manipulasi Kedudukan Lawan

Paul Pogba menjaringkan salah satu gol tercantik dalam kariernya semalam.

Di mana pemain antarabangsa Perancis itu meledak gol dengan rembatan pada rembatan sentuhan pertamanya.

Man United sebelum itu ketinggalan 1 gol pada separuh masa pertama selepas Tomas Soucek menyambar bola hantaran Declan Rice.

United menguasai sebbahagian besar perlawanan namun gagal mendapatkan gol pada separuh masa pertama.

Ole Gunnar Solskjaer membuat pertukaran dengan membawa masuk Bruno Fernandes dan Marcus Rashford, menggantikan Cavani dan Van de Beek.

Impak paling ketara pastinya Bruno Fernandes. Yang berterusan mencipta peluang untuk rakan rakannya.

Dan pada minit ke-65, Bruno Fernandes menerima hantaran Dean Henderson. Bruno terus membawa masuk bola ke dalam dan melorongkannya kepada Paul Pogba.

Pogba dengan cantiknya merembat deras bola itu. Pogba melakukan rembatan dengan teknik lencongan.

Di mana dia mempergunakan badan pemain lawan di hadapannya untuk melindungi (shield) bola tersebut.

Ia membuatkan penjaga gol ada beberapa saat ataupun milisaat lebih lambat memberikan respon. Lebih menarik Pogba menggunakan celahan dua pemain lawan dengan rembatannya lalu di situ.

Pogba diberikan masa dan ruang yang selesa. Dan dia sempat ‘membuka’ posisi tubuhnya untuk mengawal ketepatan dan lencongan bola itu.

Gol Pogba itu membuatkan netizen gempar dengannya. Ia juga mencetuskan kebangkitan Man United di tempat lawan sekali lagi, dalam kedudukan mereka ketinggalan.

Dua lagi gol United dijaringkan oleh Mason Greenwood dan juga Marcus Rashford.

Pogba turut beraksi cemerlang dalam perlawanan kali ini. Beliau banyak terlibat dengan aksi di atas padang.

United bangkit daripada ketinggalan dalam 5 perlawanan terakhir mereka di tempat lawan.

Prestasi di tempat lawan United juga sangat baik. Mereka sudah menang kesemua 9 perlawanan liga terakhir di tempat lawan.

Baca yang lain