[VIDEO] Jimenez Dibuang Padang Selepas 31 Saat Daripada Kad Kuning Pertama

Pengurus Wolves, Bruno Lage berkata, Raul Jimenez akan belajar daripada kesilapannya selepas dilayangkan dua kad kuning dalam tempoh 31 saat daripada kad kuning pertamanya, pada separuh masa pertama dalam kekalahan di Manchester City pada hari Sabtu.

Jimenez dibuang padang sebelum rehat kerana mengasari Rodri dan kemudian cuba menghalang sepakan percuma Manchester City.

Pengadil sudah memberikan peringatan kepada Jimenez agar tidak mengganggu kelancaran ‘restart’ tersebut.

Pemain itu dilihat menyatakan dia faham. Malangnya dia tidak peduli sangat pun dengan amaran pengadil dan berterusan menghalang pemain pemain City daripada mealakukan sepakan percuma segera.

Tindakan Jimenez itu memakan diri. Padahnya apabila pengadil melayangkan kad kuning kedua serta merta.

Lage tidak mahu membantah keputusan pengadil kerana memang jelas itu adalah salah Jimenez sendiri. Benda itu adalah asas dalam bola sepak.

Bruno Lage berkata: “Dia tahu dia tidak boleh berbuat begitu. Dia baru mendapat satu kad kuning.”

Pengurus Portugis itu menyambung: “Dia perlu faham, tak kira dia merasakan keputusan pengadil adil atau tidak, dia tetap dilayangkan kad kuning.”

“Dia seorang yang berpengalaman tetapi dia akan belajar daripada kesilapan ini.”

Saksikan sendiri detik kad merah itu di sini:

Lage turut mempertahankan gaya permainan Wolves selepas bos Manchester City, Pep Guardiola mempersoalkan pendekatan bertahan mereka. Guardiola dilihat bengang dengan cara Wolves bermain yang dianggap sebagai negative football.

“Ia adalah pendapatnya. Saya tidak rasa apa-apa. Saya tidak kisah,” tambah Lage.

“Saya tidak pernah bercakap tentang [bagaimana] pasukan lain bermain.”

Manchester City berjaya memastikan mereka terus berada di puncak liga dengan gol tunggal Raheem Sterling menerusi sepakan penalti.

Baca yang lain