Video: Jom Raikan Hari Jadi Fadzrul Danel Dengan Detik Gol Kejuaran Piala FA 2019

Hari ini merupakan harijadi ke-20, Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam.

Pastinya perkara yang terlintas di kepala kita semua adalah detik ketika beliau memberikan gol kejuaraan Piala FA 2019 kepada pasukan Kedah.

Beliau masuk sebagai pemain gantian pada ketika itu. Fadzrul mendedahkan, coach Aidil Sharin tidak memberikan beliau arahan taktikal yang banyak.

Sebaliknya hanya menyuruh beliau masuk dan melakukan tugasannya. Beliau dibawa masuk menggantikan David Rowley.

Fadzrul masuk, dan sentuhan pertama beliau adalah menerima peluang gol terhidang. Pemain muda itu dengan tenang menolak masuk bola pada minit ke-105.

Gol itu dicetuskan oleh Rizal Ghazali yang berjaya masuk ke byline dan mencipta peluang gol untuk rakannya itu.

Foto: Bernama

Bergema puluhan ribu penyokong Kedah di dalam Stadium Bukit Jalil.

Kedah menamatkan saingan untuk 120 minit dan mengelak pertarungan diheret ke penentuan penalti.

Kejayaan itu bukan saja mengulangi kejayaan musim 2017, tetapi skuad Lang Merah kini bergelar pasukan paling berjaya dalam kempen Piala FA bersama Selangor dengan merangkul trofi berkenaan sebanyak lima kali.

Itu juga piala pertama Aidil Sharin di Malaysia selaku pengendali pasukan Kedah.

Selamat hari lahir diucapkan kepada pemain tengah muda Kedah, Fadzrul Danel Nizam. Semoga terus sukses dan membangun di dalam karier bola sepak anda.

Jom kita imbas kembali jaringan Fadzrul yang memberikan Piala FA kelima untuk pasukan Kedah.

Korang boleh juga layan The Inside Story: Final Shopee Piala FA 2019 terbitan MFL ini. Menarik juga.

Baca yang lain

Buffon Akui Beli Diploma

Gianluigi Buffon membuat pengakuan mengejutkan ramai apabila dia mendedahkan bahawa dia mengambil ‘diploma terbang’. Buffon menikmati karier bola sepak yang cemerlang dan