[Video] Jon Rahm Melakukan Shot Teragung Dalam Golf, Lantunkan Di Permukaan Air Dan Masuk

Pada hari ulang tahun kelahiranny yang ke-26, Jon Rahm mungkin baru sahaja menghasilkan salah satu pukulan golf terbaik sepanjang zaman semasa pusingan latihan pada hari Selasa menjelang Masters 2020.

Pemain golf Sepanyol itu melakukan pukulan dengan memantulkan bola di kolam di lubang No. 16, di Augusta, Georgia.

Tetapi setelah melakukan lantunan yang baik ketika bola mendarat di sisi lain, bola itu meleret di lapangan hijau di sebelah lagi  dan akhirnya masuk ke lubang.

Ianya adalah satu hole in one yang sangat cantik dan ikonik. Sudah tentunya akan diingati buat selama lamanya.

Kejayaan Rahm yang luar biasa telah ‘meletuskan’ peminat di Twitter yang teruja. Di mana warganet menganggap ia pukulan yang memukau dan kemungkinan pukulan teragung dalam sukan golf.

Wartawan sukan Tyler Greever melabelnya sebagai “salah satu perkara paling tidak masuk akal yang pernah saya lihat dalam sukan.”

Cuma sayang sekali sesi itu tidak ada peminat yang dibenarkan menyaksikannya kerana musim wabak ini.

Rahm hanya meraikannya dengan rakannya di lapangan itu.

Jom saksikan:

Ini bukan aksi luar biasa pertamanya minggu ini. Pada hari Isnin dia melakukan pukulan ace semasa latihan.

Lalu Rahm memuat tweet: “Dua hole in one dalam masa dua hari – Selamat Hari Jadi kepada saya!”

Rahm adalah pemain golf nombor dua dunia dan berjaya berada di kedudukan 10 teratas dalam setiap dua penampilan terakhirnya di Masters.

Dia sebelum ini memberikan komen mengenai usahanya untuk menjadi pemenang Masters dari Sepanyol yang keempat setelah Seve Ballesteros, Jose Maria Olazabal dan Sergio Garcia.

“Tidak perlu dikatakan, ini adalah acara khas untuk semua orang yang datang dan bertanding di Masters, dan saya akan mengatakan bahawa terdapat sejarah juara Sepanyol di sini, dengan tiga juara hebat dan tiga idola saya.”

“Dan saya ingin dapat menambah nama saya ke senarai itu.”

 

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.