[VIDEO] Jurulatih Dipecat Kerana Menghantuk Penjaga Garisan Wanita Dan Cuba Menamparnya

Satu insiden memalukan berlaku dalam perlawanan antara Desportivo Ferraviaria dan Nova Venecia di peringkat kelima bola sepak Brazil.

Pengurus Desportivo Ferroviaria Rafael Soriano telah masuk ke dalam ke padang untuk membantah keputusan pengadil selepas wisel separuh masa pertama.

Dia kemudian dilayangkan kad kuning kerana bantahannya, dengan penjaga garisan Marcielly Netto cuba meredakan keadaan.

Soriano bertindak balas dengan marah terhadap campur tangannya dan menanduk pengadil wanita kerana terlalu bengang. Marcielly kelihatan memegang hidungnya yang sakit.

Soriano kemudian dibuang padang terus selepas dia menyerang Marcielly Netto. Pengadil utama perlawana jelas sekali tiada pilihan lain dan tidak teragak agak untuk melayangkan kad merah kepada jurulatih tersebut.

Kemarahan Soriano dikatakan tidak terhenti di situ. Dia terus cuba berpusing dan cuba mencapai Netto untuk kali kedua di tepi padang. Dikatakan dia seolah olah cuba melakukan serangan lebih teruk termasuk cuba menyerang secara fizikal dan menampar penjaga garisan itu.

Soriano melemparkan kata kata kesat kepada penjaga garisan wanita yang tidak bersalah itu.

Tindakan agresifnya benar benar sukar diterima.

Tetapi dia dihalang daripada berdepan dengan penjaga garisan wanita itu oleh sekumpulan pegawai polis yang lengkap.

Desportivo Ferraviaria kemudiannya telah mengesahkan bahawa Soriano telah dipecat di atas kelakuannya yang tidak boleh diterima. Tindakan dayus itu juga dikecam hebat.

“Desportiva Ferroviaria memberitahu umum bahawa kelab ini menolak sebarang jenis keganasan, sama ada fizikal, lisan, moral atau emosi, terutamanya terhadap wanita, dan kami bersimpati dengan pembantu pengadil Marcielly Netto, menjadikan kami bersedia untuk apa sahaja yang perlu,” menurut kenyataan rasmi daripada kelab tersebut.

“Kami juga memaklumkan anda bahawa, dalam menghadapi apa yang berlaku, jurulatih Rafael Soriano telah diberhentikan daripada kelab.”

Kelab itu mengeluarkan kenyataan menyatakan bahawamereka telah cuba menghubungi Netto untuk menawarkan sokongan mereka.

Kenyataan itu berbunyi: “Kami memaklumkan kepada anda bahawa Desportiva Ferroviaria cuba menghubungi pengadil Marcielly Netto melalui telefon untuk memohon maaf, menawarkan bantuan, sokongan dan bersedia, tetapi tidak dijawab.”

“Kami faham ketika ini, menghormati ruang privasi mangsa dan akan menunggu dia kembali semula bertugas. Kami mengesahkan komitmen kami untuk membantu dalam apa jua cara yang diperlukan.”

“Kelab itu juga akan menawarkan bantuan psikologi profesional dan membangunkan langkah-langkah untuk memerangi semua bentuk keganasan terhadap wanita di dalam dan di luar stadium.”

Insiden keganasan ke atas pengadil di Brazil seakan akan tidak ada penghujungnya.

Awal musim ini, pemain RS Sao Paulo, William Ribeiro telah ditahan kerana menendang kepala pengadil dalam perlawanan divisyen enam Brazil.

Pengadil Rodrigo Crivellaro mendapati dirinya tidak sedarkan diri daripada serangan itu dan Ribeiro kemudiannya didakwa atas cubaan membunuh.

Marcielly Netto bukan sahaja seorang pengadil bola sepak. Dia juga seorang instafamous yang ramai pengikut. Dia mengesahkan bahawa dia sudah membuat laporan polis di atas kejadian yang menimpanya itu.

Dia seringkali berkongsi tentang kehidupan peribadinya dan juga gambar dia bertugas menjadi penjaga garisa mahupun ketika berkursus. Ternyata dia benar benar cintakan bidang yang diceburinya itu. Dia sama sekali tak menyangka akan menjadi mangsa keganasan di dalam padang.

Sedangkan dia cuma membantu meleraikan dan menenangkan keadaan yang tegang pada masa itu.

Marcielly Netto seterusnya menyatakan bahawa dia menerima banyak sekali mesej sokongan di Instagram sama ada di ruangan komen ataupun mesej peribadi.

Netto menjelaskan bahawa kelakuan ganas seperti itu tidak dapat diterima dalam bola sepak terutama sekali ke atas wanita.

Baca yang lain