Korang mesti tahu kan transfomer tu apa. Ianya adalah sekumpulan robot yang boleh berubah bentuk kepada kenderaan, dan juga sebaliknya.
Korang mesti terus ingat dengan Megan Fox kan? Ye la, tu lagi penting daripada sekumpulan robot pejuang yang berteknologi tinggi.
Dan robot-robot sangat power bertarung dengan musuh sesama bangsa robot.
Namun tahukah korang semua bahawa, sebenarnya kereta transformer itu sudah wujud di bumi ini.
Sebenarnya kereta ni bukanlah baru. Ianya telah dihasilkan oleh jurutera dari Turki yang mengubah BMW menjadi Transformer sebenar dan anda boleh memandunya.
Ianya memang luar biasa, tak kisahlah ia video lama pun, sebab aku baru tengok, so aku nak kongsi dengan korang.
Sebuah syarikat di Turki bernama Letvision telah mencipta kereta robot ini yang dipanggil dengan nama Letrons. Cuma bezanya dengan transfomer, ianya tak boleh terbang nak melawan Decepticon.
Letron menghasilkan bentuk robot yang mirip kepada Optimus Prime. Ianya mengambil masa 30 saat untuk kereta tersebut melakukan transformasi.
Korang layan video di bawah ni:
This BMW is INSANE pic.twitter.com/hIPZrDdEBj
— Mashable (@mashable) December 15, 2019
Ini barulah figur aksi yang sebenar. Siap boleh korang bawa pergi Mid Valley dan berjalan-jalan di belakang jadi body guard.
Letron menghasilkan kereta robot ini pada 2016. Dan ianya mendapat perhatian meluas daripada ramai pihak yang berminat dengan dunia kejuteraan serta automotif.
Bagi korang yang memiliki Letrons ni, tak pasti ianya dijual ke tak, korang akan diberikan satu remote controller yang membolehkan korang memberikan arahan kepada robot.
Namun selepas itu beberapa konfigurasinya diperbaiki lagi untuk menjadikan ia lebih robotik. Dan memasukkan lagi beberapa kemaskini.
Bukan Letvision sahaja yang menghasilkan kereta transfomer mereka, malah ada beberapa syarikat lagi mengambil inisiatif yang sama.
Korang boleh tengok video di bawah ni.