[Video] Kapten Pepe Bengang Dan Nak Tumbuk Muka Rakannya Selepas Menang 1-0

Pemain Porto terpaksa menarik rakan sepasukan Pepe dan Mamadou Loum bagi meleraikan merekan setelah berlaku pergaduhan di antara mereka.

Porto menang ke atas Farense. Pastinya ramai merasakan para pemain Porto gembira meraikan kemenangan.

Lebih lebih lagi pasukan mereka kini hanya 1 mata di belakang Sporting Lisbon dalam carta Liga Primera Portugal.

Malang sekali, tidak bagi Pepe dan Loum yang berbalah dan hampir bertumbuk.

Adegan yang mengejutkan itu meletus sebaik sahaja pengadil meniupkan wisel penama.

Loum yang hanya dimasukkan pada masa kecederaan sebelum tamat. Dan hanya beraksi 5 minit masa kecederaan.

Selepas tamat perlawanan, Pepe dilihat pergi ke arah Loum untuk berjabat tangan, namun pemain itu dilihat menolak Pepe dan berkata sesuatu. Itu yang membuatkan Pepe panas.

Pepe dan Loum saling bertikam lidah dan Pepe berteriak dalam keadaan sangat bengang dengan matanya bengis.

Rakan rakan mereka meleraikan pergaduhan itu.  Agustin Marchesin dan Diogo Leite turut berusaha menenangkan bekas bintang Real Madrid itu, namun dia menunggu untuk menyerang Loum di terowong.

Itu membuatkan Loum yang berusia 24 tahun untuk ditenangan oleh Modibo Marega sementara meminta dia tetap berada di atas padang.

Kadang-kadang keinginan untuk menang dalam permainan menyebabkan beberapa perkara malang berlaku di satu pihak atau yang lain.

Jurulatih Porto Sergio Conceicao menyatakan bahawa perselisihan itu hanyalah insiden kecil dan sudah diselesaikan.

Dia berkata kepada wartawan: “Tidak ada yang dapat dijelaskan, ini adalah perkara biasa dalam bola sepak.”

“Ia berlaku apabila pemain dari pasukan yang sama mempunyai pendapat yang berbeza. Ia adalah saat perselisihan.”

“Selain itu, kami berbicara tentang pasukan yang mempunyai watak dan keperibadian berbeza dan ini jelas untuk dilihat. Semuanya sudah diselesaikan.”

Loum yang hanya membuat penampilan kelima musim ini, meminta maaf kepada peminat Porto dalam satu kenyataan di media sosial selepas perlawanan.

Loum menulis: “Saya ingin meminta maaf kepada semua peminat FC Porto atas kejadian malang yang berlaku malam ini.”

“Ini tidak seharusnya berlaku. Pepe adalah abang saya dan saya belajar banyak darinya.”

“Kadang-kadang keinginan untuk menang dalam permainan menyebabkan beberapa perkara malang berlaku di satu pihak atau yang lain.”

“Saya selalu menjadi model pemain berdisiplin dan kesetiaan kepada kelab dan saya berhasrat untuk kekal seperti itu.”