[VIDEO] Kaum Ibu Dan Nenek Di Nepal Bermain Bola Sepak Isi Masa Lapang

Bola sepak itu suka universal dan boleh dimainkan semua peringkat umur dan juga jantina.

Tular satu video memaparkan kehidupan di sebuah perkampungan di Lamjung, Nepal di mana para ibu dan yang dah mereka berpangkat nenek terlibat dalam aksi bola sepak.

Mereka mengadakan perlawanan persahabatan dari kalangan penduduk kampung berdekatan untuk mengisi masa lapang.

Mereka cuba mewujudkan suasana perlawanan sebenar. Bermula dengan upacara lagu kebangsaaan sebelum sepak mula.

Ada yang melakukan rembatan deras dengan berlari dari belakang.

Selepas tamat perlawanan, seorang nenek berkata, dia sudah lama mahu bermain bola sepak.

Dia berkata: “Saya selalu tengok cucu cucu saya bermain di sini. Jadi saya pun bertekad mahu bermain bola sepak sebelum saya mati.”

Saksikan aksi mereka di sini:

Baca yang lain