VIDEO: Kebangkitan Masa Kecederaan Newcastle, Gol Lipat Lejeune & Pickford Tangkap Bola Belakang Line

Bos Newcastle, Steve Bruce berkata, kebangkitan mereka di Everton adalah “luar biasa”.

Ini kerana mereka berjaya menjaringkan dua gol pada aksi masa kecederaan daripada pemain gantian Florian Lejeune.

Ianya jelas aksi yang sangat dramatik untuk menghampakan pasukan Everton yang diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk menang.

Everton menjamu kunjungan Newcastle United di Goodison Park dalam aksi EPL pertengahan minggu. Jelas sekali Everton lebih mahukan kemenangan untuk mengejar slot ke Liga Europa.

Jordan Pickford beraksi dalam penampilan keseratus beliau untuk pasukan Everton, dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Berikut adalah senarai kesebelasan utama kedua dua pasukan.

Lejeune vs Pickford

Newcastle awalnya kelihatan akan menelan kekalahan di Goodiseon Park. Ini selepas Moise Kean menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-30.

Ianya juga merupakan jaringan pertama Moise Kean untuk The Toffees.

Kemudiannya, Dominic Calvert-Lewin menjadikan kedudukan 2-0 berpihak kepada pasukan tuan rumah. Jaringan itu merupakan gol ke-12 Calvert Lewin musim ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Jelas sekali pemain ini dalam prestasi terbaik terutama sekali di bawah kendalian Carlo Ancelotti.

Namun kebangkitan luar biasa Newcastle berlaku pada masa kecederaan.

Pemain gantian Newcastle United iaitu Florian Lejeune melakukan gol pembukaan pasukannya dengan cara spektakular.

Beliau menjaringkan gol dengan libasan gunting dalam kotak penalti yang merapatkan jurang gol. Ianya dilakukan dalam kedudukan yang agak sempit.

Itu merupakan pembukaan akaun gol beliau untuk pasukan Newcastle.

Memang lawa gol tu dilakukan dengan penuh keyakinan.

Dan seminit kemudian, Lejeune menambah satu lagi gol untuk pasukannya. Kali ini, aksi tragis Jordan Pickford yang cuba menyelamatkan bola di belakang garisan gol.

Ianya aksi yang agak bercelaru di hadapan gol. Pickford tak sedar beliau sedang berada dalam gawang gol.

Pickford sangat bengang. Tak pasti sama ada bengang dengan pertahanan ataupun dengan dirinya sendiri.

Perlawanan tamat dengan seri 2-2. Everton sekali lagi keciciran mata. Dan kali ini pada kedudukan mereka sudah mendahului 2-0.

Newcastle semakin menjauhi zon penyingkiran. Dan mereka juga mengikatb Everton dengan mata yang sama pada carta Liga Perdana Inggeris dengan 30 mata setakat ini.

Baca yang lain