[VIDEO] Kecewa Dikeluarkan, Messi Tak Nak Jabat Tangan Pochettino

Lionel Messi jelas sekali tidak begitu gembira ketika dikeluarkan pada minit ke-76 oleh Mauricio Pochettino.

Dan peminat merasakan bahawa Messi dengan sengaja menolak untuk berjabat tangan dengan Pochettino ketika dikeluarkan.

Lionel Messi akhirnya membuat penampilan terbaik di hadapan peminat PSG di halaman sendiri, Parc Des Princes.

Messi menjadi fenomena ketika menyertai PSG selepas berlaku plot twist tak diduga dalam kontraknya bersama Barca. Pemain itu terpaksa meninggalkan Barca selepas 21 tahun di Nou Camp.

Sebelum ini Messi sudah terlibat dalam aksi PSG namun masih gagal mencetak sebarang gol selepas dia aksi pertama.

Debut Messi adalah ketika kemenangan 2-0 ke atas Reims pada bulan lalu. Kemudian Messi pulang untuk aksi minggu antarabangsa bersama dengan Argentina.

Messi kemudian bermain dalam aksi Liga juara-juara Eropah. Di mana PSG dikejutkan oleh kelab dari Belgium, Club Brugge dengan diikat 1-1 walaupun PSG menurunkan trio Mbappe – Neymar – Messi. Sekali lagi beliau gagal mencetak sebarang gol.

Untuk perlawanan ketiga bersama PSG, Messi diturunkan sebagai kesebelasan utama berdepan dengan Lyon. Aksi pertama Messi di Parc des Princes.

PSG agak bergelut pada separuh masa pertama. Messi hampir menjaringkan gol pertamanya untuk PSG. Malangnya percubaan dari sepakan percuma beliau terkena palang gol.

Malah, Lyon pula di hadapan terlebih dahulu menerusi gol oleh Lucas Paqueta pada separuh masa kedua menewaskan Gianluigi Donnarumma.

PSG berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti. Ianya selepas Near dijatuhkan oleh Jason Denayer. Walaupun ulang tayang menunjukkan Neymar terlebih dahulu mengasari Denayer.

Adakah Neymar akan menyerahkan tugasan itu kepada Messi?

Agak mengejutkan kerana Neymar tidak memberikan tugasan penalti itu kepada Messi. Di mana pemain antarabangsa Brazil itu sendiri mengambilnya.

Ternyata ianya satu lagi malam yang hampa tanpa jaringan buat Messi. Dia kemudian dikeluarkan, 10 minit selepas gol penyamaan Neymar itu.

Pochettino membuat pertukaran untuk memenangi perlawanan ini. Malangnya, Messi jelas tidak begitu gembira dengan pertukaran tersebut.

Peminat malah merasakan Messi tidak mahu berjabat tangan dengan Pochettino ketika dikeluarkan. Messi menunjukkan reaksi kecewa di bangku simpanan.

Messi dikeluarkan dengan digantikan oleh Achraf Hakimi.

Peminat merasakan bahawa Messi sangat mahu meneruskan aksi di atas padang terutama sekali dalam aksi berdepan kelab seperti Lyon.

Selepas Messi dikeluarkan, PSG akhirnya bangkit dan memenangi perlawanan. Agak dramatik kerana gol kemenangan itu adalah menerusi Mauro Icardi yang menjaringkan gol pada masa kecederaan 90+3′.