Penjaga gol, Newport County, Tom King telah menjaringkan gol yang luar biasa dengan memasukkan bola terus ke gawang lawan terus daripada sepakan golnya dari kotaknya sendiri.
Penjaga Newport County itu memberikan gol pendahuluan pasukannya setelah hanya 12 minit perlawanan dalam aksi League Two berdepan Cheltenham dengan gol luar biasa sekali.
King merembat terus daripada kawasannya, dengan bantuan angin membuatkan bola itu sukar dijangka penjaga gol lawan. Bola melambung di hadapan Joshua Griffths dan melantun masuk.
Gol yang sempurna dilakukan oleh penjaga gol berusia 25 tahun itu. Dan tak hairan untuk mendengar itu adalah gol pertama kariernya. Ingat senang ke penjaga gol nak skor gol.
Para pemain Newport meraikan gol tersebut dengan girang. Tidak menyangka sepakan oleh penjaga gol mereka bertukar menjadi loteri.
Begitu juga dengan peminat bola sepak yang menganggap itu adalah spektakular. Tidak kurang juga yang mengecam dan mempersoalkan penjaga gol lawan.
“Tak pastilah, keeper Newport yang padu ataupun penjaga gol Cheltenham yang bingai,” kata seorang peminat bola sepak.
Terdapat juga simpati kepada Griffith yang tidak bernasib baik juga. “Tidak pasti penjaga gol Cheltenham dapat melakukan banyak perkara sama ada TBF,” kata seorang peminat bola sepak.
😦😦😦
Newport County goalkeeper Tom King scored directly from his own enormous goal kick this evening to help his side draw with Cheltenham Town! pic.twitter.com/lEOz4VSi2i
— Sky Sports (@SkySports) January 19, 2021
🚨Goalkeeper goal klaxon 🚨
Tom King from way downtown for Newport pic.twitter.com/fyLN0570Ay
— James Dart (@James_Dart) January 19, 2021
Pete Evans berkata gol itu adalah kerana keadaan cuaca Januari yang kering dengan angin kuat. Perkara biasa dilalui di England.
Nothing says League 2 on a wet and windy January Tuesday night like Newport keeper Tom King scoring from a goal kick… pic.twitter.com/vCb6DpLoUN
— Pete Evans (@PeteEvans87) January 19, 2021
Tidak kurang juga yang menganggap gol itu mengingatkan mereka kepada gol Tim Howard satu ketika dahulu.
Looks like Tim Howard’s goal https://t.co/KSiSrrofjV
— Chloe💙 (@chloemcnulty31) January 19, 2021
Namun mujur buat Cheltenham apabila Matty Blair menyamakan kedudukan sebelum rehat. Dan berjaya membantu pasukannya daripada kalah dengan gol yang kejam seperti itu.