[VIDEO] Kegilaan Apakah! Alisson Buat Flick Header Untuk Gol Kemenangan, Dedikasi Kepada Mendiang Ayahnya

Bola sepak sentiasa ada kisah magis. Dan Alisson baru menciptanya hari ini. Di mana penjaga gol Brazil itu melakukan Flick Header yang cantik pada masa kecederaan.

Segalanya seperti tiada harapan buat Liverpool dalam keduudkan 1-1. Di mana semua penyerang sepak kelautan biru dan hilang pedoman.

Liverpool mendapat sepakan penjuru saat akhir. Alisson dengan sopannya meminta keizinan Klopp untuk naik. Mane memberikan isyarat kepada Alisson, naik je.

Dan Alisson telah menanduk masuk gol kemenangan Liverpool dengan cantik, seindah air di kali.

Sekaligus terus menghidupkan semula impian Liverpool ke UCL selepas terpengsan seketika.

Alisson terus menjadi sebab kenapa Liverpool berjaya mengelakkan perkara yang tidak diingini dalam beberapa perlawanan ini.

Menangis Alisson mengenangkan perbuatannya. Mohamed Salah sendiri tidak serba salah memeluk Alisson erat. Kesemua pemai  takjub.

Malah selepas tamat perlawanan pemain pemain West Brom dan pegawai mereka turut mengucapkan tahniah kepada Alisson. Mereka menghargai momen gila seperti itu.

Liverpool ketinggalan awal dalam perlawanan ini. Namun menyamakan kedudukan menerusi jejaka Mesir paling kacak, Mohamed Salah.

Salah meneruskan ketajaman beliau di hadapan gol.

Alisson menangis dan mengenangkan mendiang ayahnya dan keluarganya. Dia berharap mendiang ayahnya melihat dari atas sana dan meraikannya.

Alisson kehilangan ayahnya beberapa bulan lalu kerana lemas. Ketika itu Alisson sangat sedih.

Alisson juga menyatakan dia naik atas keizinan jurulatih penjaga gol Liverpool dan dia mengucapkan terima kasih kepada assist yang cantik itu.

Alisson sambil bergurau berkata: “Ini jaringan tercantik saya kot.”

Alisson juga menegaskan bahawa dia memang banyak berlatih menanduk bola sepak sistem permainan Liverpool yang berasaskan sweeper keeper.

“Banyak saya berlatih menanduk ni. Nak cakap macamana ye. Saya banyak tolong rakan rakan lain mengeluarkan bola dengan kepala.”

“Saya rasa gembira dan bersyukur sekali.”

Sejak penubuhan Liverpool, Alisson menjadi penjaga gol pertama menjaringkan gol dalam liga perdana Inggeris.

Baca juga: Jones Tuju Gol Kepada Alisson: “Gol Ini Untuk Kamu Dan Keluarga”

Curtis Jones menjaringkan salah satu gol Liverpool dalam kemenangan ke atas Sheffield dalam aksi awal pagi tadi. Dan pemain muda itu menegaskan bahawa beliau menujukan gol itu kepada rakan sepasukannya, Alisson dan keluarga.

Alisson sedang berduka dan terpaksa disisihkan untuk memberikan ruang kepadanya merehatkan mindanya.

Ayah Alisson disahkan meninggal dunia beberapa hari lalu kerana lemas di tasik. Dan lebih menyedihkan, Alisson tidak dapat pulang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang ayahnya.

Jones berkata: “Saya rasa, kami semua satu pasukan sedang dalam detik sukar. Namun saya gembira dapat mencetak gol. Saya nak mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa sebenarnya gol ini adalah untuk ayah Ali.”

“Semoga mendiang bersemadi dengan aman, dan jika Ali ada menonton sekarang, ini untuk kamu bro.”

“Dia insan yang kuat. Dia sebahagian daripada pasukan ini, tentunya. Dia tidak berada di sini, dan kami merinduinya. Dan sudah tentu saya nak menujukan gol ini kepadanya dan ayahnya dan seluruh keluarganya.”

Alisson mengucapkan terima kasih kepada Curtis Jones di atas dedikasi tersebut.

Jones menjaringkan gol pada minit ke-48 dengan melakukan rembatan deras dari dalam kotak penalti selepas separuh masa pertama yang mengecewakan.

Gol kedua Liverpool adalah daripada gol sendiri pertahanan Sheffield, Kean Bryan yang tertampan bola rembatan Firmino.

Jones menambat: “Paling penting, ianya persembahan berpasukan yang sangat bagus dan saya gembira kita dapat bawa pulang 3 mata dan kembali menang.”

“Kita bermain bagus dalam perlawanan sebelum ini, namun gagal menjaringkan banyak gol seperti yang kita mahukan. Namun hari ini contoh bagaimana kami bersatu. Saya gembira dapat skor, dan saya gembira untuk Bobby serta untuk pasukan ini.”

Baca yang lain

Mike Tyson vs Jake Paul Julai Ini

Pertarungan petunjukkan antara Mike Tyson menentang YouTuber, Jake Paul akan dijadualkan berlangsung pada 20 Julai 2024. Pertarungan itu akan disiarkan secara langsung