[VIDEO] Kegilaan Apakah! Messi Skor Kesemua 5 Gol Argentina Ketika Membantai Estonia

Lionel Messi secara solo telah menghancurkan Estonia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Argentina di Estadio El Sadar, Pamplona, ​​Sepanyol.

Pasukan bimbingan Lionel Scaloni, Albiceleste menang 5-0. Dengan Lionel Messi aka La Pulga menjaringkan semua gol mereka pada minit ke-8, 45, 47, 71, 76. Memang tak masuk akal!

Lionel Messi menjadikan Estonia sebagai permaiannya di dalam aksi tersebut.

Pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu sebelum ini telah menjadi nadi utama Argentina dalam kemenangan Finalissima menentang Itali di Wembley minggu lalu.

Walaupun gagal menjaringkan gol. namun dia membantu menyediakan assist untuk dua gol dalam kemenangan 3-0 Argentina ke atas Itali.

Messi turut dipilih menjadi pemain terbaik Finalissima. Dia menjulang trofi keduanya bersama dengan Argentina selepas Copa America.

Selepas menentang Itali, Argentina meneruskan aksi antarabangsa dengan perlawanan persahabatan antarabangsa di Sepanyol menentang Estonia.

Walaupun sekadar perlawanan memanaskan badan berdepan lawan yang dianggap lemah, Argentina mengambil serius perlawanan ini.

Ianya untuk mengekalkan momentum mereka untuk Piala Dunia pada hujung tahun ini.

Messi menunjukkan bahawa dia masih berbisa di hadapan gol walaupun kempen yang mengecewakan secara individu di hadapan gol dengan PSG.

Dalam 47 minit sahaja dia mencipta hatrik diikuti 2 lagi gol pada minit ke-71 dan ke-76.

Ini adalah kali kedua Messi menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan. Yang pertama adalah untuk Barcelona dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Bayer Leverkusen pada 2012.

Estonia kini menjadi negara ke-30 yang dirobek oleh Lionel Messi. Menjadikan dia pemain pertama menjaringkan 5 gol dalam satu perlawanan dalam aksi UCL dan antarabangsa.

Dia kini mempunyai 769 gol dalam kerjaya bola sepak yang cemerlang untuk kedua-dua kelab dan negara. Dan, dengan Piala Dunia 2022 yang akan diadakan pada November-Disember, La Pulga mempunyai peluang untuk menambah golnya.

Messi memulakan pembantaian Estonia menerusi penalti pada minit ke-8 selepas Pezzela dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Pada minit ke-37, Messi hampir melakukan gol dengan gaya lebih ikonik dan cap dagang Messi. Di mana dia bergerak dari bawah dan menerima lay off rakannya, terus melakukan lencongan namun bola sedikit tersasar.

Pada minit ke-45, Messi bergerak di half space dan menerima hantaran rakannya dengan satu trap control cantik. Dia tiada masalah menewaskan penjaga gol Estonia.

Separuh masa pertama berakhir 2-0.

Bersambung babak kedua, Leo Messi mendaftarkan hatriknya pada minit ke-47. Ya! Hanya selepas 2 minit perlawanan disambung semula. Di mana Messi menghulurkan kakinya untuk menewaskan penjaga gol.

Pada minit ke-71, gol Messi lebih jahat. Dia menggunakan advantage diberikan pengadil dengan meluru masuk bersama bola ke dalam kotak penalti. Kemudian Messi melakukan acahan yang membuatkan penjaga gol bertembung dengan pertahanan sendiri. Messi menolak bola ke gawang terbuka.

5 minit kemudian, Messi memastikan Estonia miliknya seorang. Dua rakannya memiliki peluang untuk menembusi penjaga gol namun gagal.

Messi kemudian melakukan susulan selepas bola datang daripada hadangan pemain lawan. Messi merembat tepat untuk gol kelima.

Hari yang cemerlang buat Messi selepas dia membantu negaranya menewaskan juara Eropah beberapa hari lalu. Kali ini dia menjadi MOTM sekali lagi dalam aksi berdepan Estonia.

Ini sangat penting untuk Leo Messi dalam usahanya mahu menjulang Piala Dunia bersama dengan Argentina. Pasukan Argentina kini kembali ke landasan terbaik mereka.

Saksikan aksi aksi memukau legenda hidup bernama Lionel Messi di sini:

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan