VIDEO: Kegilaan Penjaga Gol Kanada Ini Dapat Kad Kuning Kerana Sembunyikan Botol Air Keeper Uruguay

Copa America terus menjadi gila dan liar untuk ditonton. Terbaru penjaga gol Kanada, telah dilayangkan kad kuning kerana menyembunyikan botol air penjaga gol Uruguay.

Kanada dan Uruguay bertemu dalam aksi penentuan tempat ketiga. Di mana kedua dua perlawanan terikat 2 sama dalam aksi sangat dramatik pada masa kecederaan.

Di mana pemain veteran Uruguay, Luis Suarez berjaya menyamakan kedudukan minit ke-90+7 masa kecederaan untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Ketika penentuan penalti itu penjaga gol Kanada iaitu Dayne St Clair bertindak mengambil dan menyembunyikan botol air milik Rochet.

Rochet yang bersedia untuk berdepan penalti lawan mendapati penjaga gol Kanada itu pergi ke arah botol airnya dan melarikan botol itu untuk disembunyikan.

Ini kerana St Clair mendapati ada cheat sheet pada botol air itu yang ada informasi penalti pasukan lawannya. Tindakan meletakkan nota pada botol air adalah tidak menyalahi undang undang setakat ini.

St Clair dikenakan kad kuning kerana mengganggu botol air lawannya. Dia cuba menjelaskan tindakannya namun pengadil tidak menerima alasannya. Dia malah sempat membaca nota pada botol air itu untuk diberitahu kepada rakannya yang seterusnya tentang ke mana penjaga gol mahu bertindak.

Peminat menganggap Kanada sangat cepat beradaptasi dengan Copa America kerana perangai mereka memang sesuai dengan kejohanan itu yang dikenali dengan banyak peristiwa pelik. Peminat berharap Kanada akan menjadi jemputan tetap untuk Copa America selepas ini.

Dalam penentuan penalti, Uruguay menang 4-3 dan meraih tempat ketiga dalam Copa America 2024.

Aksi final berlangsung esok di mana Argentina akan menentang Colombia. Argentina merupakan juara bertahan. Colombia kali terakhir memenangi Copa America adalah pada 2001 dan itu satu satunya Copa yang mereka ada.

Colombia dalam prestasi terbaik mereka untuk berdepan dengan La Abiceleste itu. Dalam info berkaitan, rehat separuh masa akan dipanjangkan menjadi 25 minit kerana buat pertama kalinya akan ada halftime show dalam final Copa America.

Shakira akan berdangdut menghiburkan penonton pada halftime show itu nanti.